Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023

Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Parlimen Malaysia kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023

Apakah Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023 yang ditawarkan? Jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pegawai Penyelidik Sosial Gred N44
  • Tarikh Tutup Permohonan: 9 Mac 2023
  • Kementerian / Jabatan: Parlimen Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Dan Profesional
  • Lokasi Kekosongan: Tidak Dinyatakan
  • Bilangan Kekosongan: 7
  • Permulaan Gaji : RM3,551 – RM10,406
  • Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat/Kelayakan Permohonan

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, calon-calon boleh menyemak syarat-syarat kelayakan lantikan dibawah untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia Mac 2023.

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak kurang daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang / Sains Politik / Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada lima tahun dalam bidang penyelidikan Undang-undang / Sains Politik / Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan serta juga pernah menerbitkan / menulis apa-apa jurnal atau hasil penyelidikan.
  5. Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  6. Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian-perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan.
  7.  Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
  8. Telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan terlebih dahulu)

Cara Memohon

Permohonan Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023 boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan dengan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan).

Selain itu, dokumen lain yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Resume
  2. Salinan MyKad
  3. Salinan sijil kelahiran
  4. Salinan kelulusan akademik
  5. Salinan sijil berhenti sekolah
  6. Jurnal/ Hasil Penyelidikan (wajib)
  7. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan

Segala salinan hendaklah diakui sah dan kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
BANGUNAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Kerani Februari 2023, Jawatan Kosong Bomba Mac 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More