Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah

Jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah seperti dibawah:

Isi Kandungan

Jawatan Kosong

  1. Pensyarah
  • Nama Majikan : Universiti Malaysia Sabah
  • Lokasi Kekosongan: Sabah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 9 April 2021

Jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah

Syarat Permohonan

Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun bagi calon warganegara pada tarikh tutup iklan;

Mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang baik, iaitu calon dengan Ijazah Sarjana Muda hendaklah mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya;

Bidang pengkhususan kelayakan adalah releven dan bersesuaian dengan keperluan dan
penempatan bidang yang diperlukan (contoh: calon dengan kelayakan ijazah sarjana
hendaklah memiliki bidang kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang releven dan berkaitan
dengan kelayakan Sarjana tersebut);

Calon warganegara bagi tujuan pelantikan tetap hendaklah memperolehi kepujian Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya);

Mempunyai kelayakan atau kebolehan pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris yang baik (contoh: calon warganegara memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan, keputusan MUET sekurang-kurangnya Band 3);

Adaptasi Teknologi – Berkebolehan dan berkeinginan untuk meneroka kemungkinan,
peluang dan cabaran dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta membawa UMS ke
arah kejayaan di zaman digital.

Komunikasi – Memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap.

Cara membuat permohonan

Pemohon perlu mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik yang disahkan benar kepada Pejabat Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan melalui emel [email protected]

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 April 2021 (Jumaat).

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN

 

Jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah 1

 

Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: 2000 Usahawan Luar Bandar Di latih

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More