Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2,000 usahawan luar bandar dilatih DesaMall@KPLB

Program DesaMall@KPLB melatih usahawan luar bandar

LUAR LUAR

Shah Alam: ProgramDesaMall@Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mencatatkan jumlah jualan usahawan luar bandar sebanyak RM1.94 juta membabitkan 2,233 produk sejak dilancarkan penghujung 2017 sehingga 28 Februari lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latif Ahmad, berkata ketika program itu mula diperkenalkan, KPLB hanya bekerjasama dengan satu platform e-Dagang sahaja, iaitu Presto Mall .

Bagaimanapun, katanya mulai Jun 2018, KPLB mula memasarkan produk usahawan DesaMall@KPLB dalam beberapa platform e-Dagang seperti Lazada, Shoppee dan eBay.

“Sejak program ini diperkenalkan pada Oktober 2017, jumlah jualan terkumpul sebanyak RM1.94 juta setakat 28 Februari lalu dengan Stock Keeping Unit (SKU) 23,981 di semua platform e-Dagang.

“Sehingga 28 Februari juga, 2,000 usahawan luar bandar dilatih di bawah program DesaMall@KPLB dan memasarkan produk secara dalam talian di platform e-Dagang.

“Sementara itu, pencapaian DesaMall@KPLB dalam mematuhi tempoh masa tiga hari yang ditetapkan platform e-Dagang untuk pesanan diterima pembeli adalah pada tahap 100 peratus di semua platform yang disertai, selain sentiasa mendapat review yang baik daripada pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Perasmian Gudang DesaMall@KPLB dan DesaMall@OnTheGo di Bukit Jelutong, di sini, kelmarin.

Abd Latif berkata, menerusi program berkenaan, usahawan luar bandar hanya perlu menumpukan perhatian kepada penghasilan produk bagi memenuhi pesanan serta penambahbaikan produk.

“Urusan lain seperti menguruskan pesanan, penghantaran produk kepada pembeli dan urusan pembayaran oleh pembeli diuruskan pentadbir program DesaMall@KPLB, iaitu syarikat eLokal Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata, prestasi jualan usahawan di bawah program DesaMall@KPLB pula dipantau menggunakan sistem aplikasi yang dibangunkan khusus untuk program ini.

“Sistem aplikasi ini mampu menjejaki jualan setiap produk serta menjana laporan berkaitan nilai jualan terkumpul, produk terlaris serta produk yang kurang mendapat sambutan.

“Pemantauan berterusan membolehkan isu dihadapi usahawan DesaMall@KPLB dikenal pasti dan tindakan penambahbaikan boleh dilaksanakan,” katanya.

Mengulas mengenai gudang terbabit pula katanya, ia disewa khas sebagai hub pengumpulan dan penyimpanan stok produk usahawan luar bandar yang menyertai Program DesaMall@KPLB dan juga sebagai hub pengedaran produk berkenaan ke rangkaian DesaMall@KPLB dan juga kepada pelanggan.

“Selain itu, syarikat eLokal Sdn Bhd juga melaksanakan penyewaan sebuah kenderaan bermotor lori satu tan daripada FELCRA Bekalan dan Perkhidmata yang bakal digunakan untuk tujuan promosi seperti penyertaan di dalam program out re a ch keusahawanan, program onboard in g DesaMall@KPLB.

“Ia juga akan digunakan untuk pengambilan dan penghantaran stok produk DesaMall@KPLB ke rangkaian DesaMall@KPLB,” katanya.

Sumber Berita Harian

Artikel lain:  KPKT Galak Komuniti Sertai Latihan Keselamatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More