Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Johor

Jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Johor (UiTM) kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Johor (UiTM) seperti dibawah:

Isi Kandungan

Jawatan Kosong

  1. Jurutera
  2. pegawai Eksekutif
  3. Pembantu Setiausaha Pejabat
  • Nama Majikan : Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Lokasi Kekosongan: Johor
  • Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2021

Jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Johor (UiTM)

Syarat Permohonan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Cara membuat permohonan

calon yang berminat untuk mengisi Jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Johor (UiTM) mestilah menghantar bersama Salinan dokumen berikut yang telah disahkan
mengikut susunan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengan
  • Salinan Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip
    Akademik/Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk
    mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan
    Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.

Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa
kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

Borang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di
http://johor.uitm.edu.my/v1 atau di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mac 2021
Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2273 / 2020 / 2339

Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN

 

Jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Johor 1

 

Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Johor (UiTM) memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan Kosong Di Majlis Keselamatan Negara

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More