Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024

Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon yang berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred jawatan DG sahaja, lantikan Suruhajaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Bumiputera / Bukan Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Instititut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan English Language Teaching Centre (ELTC).

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024

Maklumat Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Pensyarah (Pegawai Perkhidmatan
    Pendidikan – PPP) DG44H / 48 / 52 / 54 (KUP)
  2. Jurulatih Kokurikulum DG44H / 48 / 52 / 54 (KUP)
  3. Pegawai Pengurusan DG41 / 42 / 44 (KUP) Pegawai Kaunseling DG41 / 42 / 44 (KUP)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 27 November 2023 (Isnin)
  • Jabatan / Kementerian: Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM)
  • Taraf Jawatan: Tetap

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Tahap kesihatan yang baik.
  4. Mencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT / PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2020, 2021 dan 2022).
  5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj.
  6. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pensyarah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – PPP) DG44H / 48 / 52 / 54 (KUP)

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Melaksanakan perisytiharan harta.

(b) Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.

(c) Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP.

(d) Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.

(e) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(f) Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(g) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(h) Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN / Bahagian dan Pengetua / Guru Besar).

(i) Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Jawatan Jurulatih Kokurikulum DG44H / 48 / 52 / 54 (KUP)

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Melaksanakan perisytiharan harta.

(b) Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.

(c) Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP.

(d) Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.

(e) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(f) Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(g) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(h) Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN / Bahagian dan Pengetua / Guru Besar).

(i) Kelayakan tambahan dalam bidang Ko-Kurikulum seperti:

  • Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang Ko-Kurikulum.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil Kepegawaian dalam bidang Ko-Kurikulum daripada Jabatan / Agensi sukan yang diperaku.
  • Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Ko-Kurikulum.

Jawatan Pegawai Pengurusan DG41 / 42 / 44 (KUP) Pegawai Kaunseling DG41 / 42 / 44 (KUP)

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Telah melaksanakan perisytiharan harta.

(b) Perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.

(c) Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki / 42 / 44 KUP.

(d) Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.

(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Memohon

Permohonan Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 adalah dengan mengisi borang permohonan di Sistem myMOHON sebelum atau pada 27 November 2023, 11.59 Malam (Isnin).

Sila sertakan semua Salinan dokumen / sijil (Perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:

  1. Resume Terkini.
  2. Kad Pengenalan.
  3. Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini.
  4. Sijil-sijil Akademik (SPM / STPM / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD).
  5. Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO.
  6. Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada).
  7. Testimonial / Pengesahan Kerja daripada majikan.

Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 yang diiklankan dan HANYA boleh memohon di SATU (1) INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) sahaja.

Calon yang berjaya ditempatkan di IPG perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.

Calon yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (Ph.D) adalah sangat dialu-alukan memohon.

Calon perlu mencetak borang permohonan dari Sistem myMOHON dan wajib mendapat sokongan serta ulasan dari Ketua Jabatan masing-masing.

Calon perlu mendapat kelulusan atau pelepasan dan ulasan daripada Pengarah Bahagian / JPN seperti dalam ruangan kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Bahagian / JPN sebelum menghantar borang ke IPGK yang dipilih.

Borang permohanan yang telah lengkap dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian / JPN perlu dihantar ke IPGK yang berkenaan untuk diproses.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di MPM November 2023, Jawatan Kosong Di KPTM November 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong IPGM Fasa 2 2023/2024 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More