Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia 2025

Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanNama BalaiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Bomba Bantuan1. Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas
2. Balai Bomba Dan Penyelamat Pontian Baru
3. Balai Bomba Dan Penyelamat Yong Peng
4. Balai Bomba Dan Penyelamat Punggai
5. Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Tenggara
6. Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Penawar
7. Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Hitam
8. Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Kulai
9. Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Pahat
10. Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai
11. Balai Bomba Dan Penyelamat Pagoh
12. Balai Bomba Dan Penyelamat Pontian
13. Balai Bomba Dan Penyelamat Tangkak
14. Balai Bomba Dan Penyelamat Tebrau
15 Mei 2025
Pegawai Bomba BantuanBalai Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis16 Mei 2025
Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Keutamaan adalah lelaki.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  4. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah.
  5. Sihat fizikal dan sempurna akal.
  6. Tiada rekod jenayah.
  7. Kehendak lain sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan.
  8. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • Tinggi minima 1.57m (lelaki) dan 1.53m (wanita);
  • Berat badan minima 48kg (lelaki) dan 46kg (wanita);
  • Ukuran BMI adalah 18-30;
  • Mempunyai penglihatan yang baik;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
  • Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;

Syarat Tambahan: Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 10km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 10 minit ke Balai.

Pelbagai kemudahan dan faedah disediakan seperti elaun kehadiran, elaun RM8/jam, elaun bounty dan elaun penyelenggaraan pakaian.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan PBB3 dan borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 15 Mei 2025 (Khamis) dan 16 Mei 2025 (Jumaat).

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, notis kebenaran daripada majikan, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah DISAHKAN.

Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN 1<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN 2<<<

Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More