Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5 |
Taraf Jawatan | Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan Kontrak (Interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan Tetap. |
Jumlah Kekosongan | 40 |
Jumlah Simpanan | 200 |
Kementerian / Jabatan | Jabatan Imigresen Malaysia |
Kumpulan Perkhidmatan | Kumpulan Pelaksana |
Kenaikan Pangkat Penolong Penguasa Imigresen Gred KP6 | Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen Gred KP5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen Gred KP6 yang kosong apabila telah: – disahkan dalam perkhidmatan; – mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; – memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan – diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan. |
Deskripsi Tugas | Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara. |
Tarikh Tutup Permohonan | 3 Julai 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,893.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang terbuka.
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Cara Permohonan
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025 boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 3 Julai 2025, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM 2025,
- Jawatan Kosong FRIM 2025,
- Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Khidmat Am 2025,
- Jawatan Kosong Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.