Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong JAIM 2025

Jawatan Kosong JAIM 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong JAIM 2025

Maklumat permohonan Jawatan Kosong JAIM 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Parlimen) Gred S5Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)30 Mei 2025
Pembantu Hal Ehwal Islam (Imam Dun) Gred S1Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)30 Mei 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong JAIM 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Parlimen) Gred S5

Calon lantikan Jawatan Kosong JAIM 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
  • Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam (Imam Dun) Gred S1

Calon lantikan Jawatan Kosong JAIM 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DAN Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah SERTA Lulus dalam subjek Bahasa Arab atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara online pada Borang Permohonan Jawatan Kosong JAIM sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 30 Mei 2025 (Jumaat).

Calon yang berminat, sila kemukakan:

  1. Borang Permohonan
  2. Salinan Sijil Kelahiran
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  5. Salinan Sijil-Sijil Pendidikan Yang Berkaitan
  6. Sekeping Gambar Berukuran Pasport (Tidak Dikembalikan)
  7. Salinan Sijil-Sijil Ko-Kurikulum

Setiap salinan Sijil / Dokumen hendaklah disahkan. Sila hantar Borang Permohonan dan semua Sijil / Dokumen yang lengkap ke alamat berikut:

ARAS 2, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA
PUSAT ISLAM MELAKA
BUKIT PALAH, 75400 MELAKA

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong JAIM 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong JAIM 2025 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong JAIM 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More