E-Pengambilan PDRM 2025: Jawatan Kosong Polis Terkini

E-Pengambilan PDRM 2025 dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat E-Pengambilan PDRM 2025
Maklumat E-Pengambilan PDRM 2025 adalah seperti berikut:
Jawatan | Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam |
Taraf Jawatan | Tetap |
Jabatan / Kementerian | Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
Elaun Yang Disediakan | 1. Elaun Khidmat 2. Elaun Sara Hidup / Bayaran Imbuhan Wilayah 3. Bayaran Insentif Khas PDRM 4. Elaun Perumahan 5. Lain-lain Elaun Mengikut Jabatan |
Tarikh Tutup Permohonan | 5 Jun 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan E-Pengambilan PDRM 2025 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan permohonan secara atas talian E-Pengambilan PDRM 2025.
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM2,710.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM2,867.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM3,024.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM3,181.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM3,338.00); atau
- Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM3,338.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM3,495.00); atau
- Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM3,338.00); atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang Forensik, Matematik atau Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Y7: RM3,652.00); dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PNGK minimum 3.00 bagi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau minimum 2.50 bagi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Undang-Undang, Perakaunan atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.63 m (lelaki) dan 1.57 m (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg bagi lelaki dan sekurang-kurangnya 48 kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan mata kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan melalui portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 5 Jun 2025 (Khamis).

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.
Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
- Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
- Klik butang ‘Log Masuk’;
- Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
- Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik ‘Permohonan Baru’;
- Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan
- Klik butang ‘Hantar Borang’.
- Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03 – 2266 8348 / 8347 / 8350 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon yang memalsukan maklumat akan disenarai hitam.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UPSI Mei 2025,
- Jawatan Kosong MMC Mei 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia 2025,
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Bintulu 2025,
- Jawatan Kosong Yayasan Ketengah 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan E-Pengambilan PDRM 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.