Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong JPNIN 2024 Kini Dibuka

Jawatan Kosong JPNIN 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong JPNIN 2024

Maklumat Jawatan Kosong JPNIN 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanGuru Tabika Perpaduan Gred S29
Taraf JawatanKontrak
Jumlah KekosonganLapan (8)
AgensiJabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor
Lokasi KekosonganJabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor
Kumpulan PerkhidmatanSokongan
Jadual GajiRM1,493.00 – RM5,672.00
Elaun Tambahan1. Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00
2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM160.00
3. Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH): RM200.00 – RM350.00 (mengikut kawasan)
Tarikh Tutup Permohonan19 Januari 2024
Jawatan Kosong JPNIN 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong JPNIN 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Terdiri daripada Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Diploma dalam bidang Pendidikan Awal kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi Malaysia atau yang setaraf (Gaji Permulaan: RM1770.95).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Keutamaan permohonan adalah bagi pemohon yang menetap di Negeri Selangor sahaja.
Pengambilan Jawatan Kosong JPNIN 2024 Kini Dibuka 1
Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Deskrepsi Tugas Jawatan Kosong

  • Melaksanakan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) setiap hari mengikut kurikulum yang ditetapkan.
  • Merancang PdP yang boleh mewujudkan dan merangsang minat untuk meneroka sesuatu yang baru serta meningkatkan motivasi supaya bersedia untuk belajar.
  • Membimbing murid semasa menjalankan aktiviti harian di tabika supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
  • Melaksanakan penilaian berterusan berkaitan perkembangan murid serta tugastugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my.

Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

Borang Permohonan hendaklah disertakan

  • Gambar Terkini Berukuran Pasport.
  • Salinan Mykad.
  • Salinan Sijil Kelahiran,.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Sijil Diploma dalam bidang Pendidikan Awal kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (beserta Transkrip Akademik).
  • Cetakan Slip Pengiktirafan MQA.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Sijil Vaksinasi Covid-19.
  • Dokumen – Dokumen Sokongan yang mana berkaitan dan disusun mengikut turutan.

Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong JPNIN 2024 Kini Dibuka 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong JPNIN 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong JPNIN 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More