Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri Tahun 2025

Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri kini dibuka lagi untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri yang kini dibuka ini adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1 |
| Taraf Jawatan | Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan Kontrak (Interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan Tetap. |
| Jumlah Kekosongan | 16 |
| Jumlah Simpanan | 30 |
| Kementerian / Jabatan | Kementerian Dalam Negeri |
| Jadual Gaji | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 |
| Tarikh Tutup Permohonan | 11 September 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Penetapan jantina calon boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan seperti berikut:
| Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 2 | Tiada bidang SKM Tahap 2 yang bersesuaian pada masa ini. |
| Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 3 | 1. Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas). 2. Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi). 3. Operasi Kenderaan Pengangkutan Barangan. 4. Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat. |
| Senarai Keperluan Bidang SVM | 1. Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian. 2. Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web. 3. Teknologi Automotif. |
Cara Permohonan
Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 11 September 2025, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Kementerian Belia Dan Sukan 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia 2025,
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2025,
- Jawatan Kosong SPA September 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Kementerian Dalam Negeri yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.



