Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) 2025

Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Tahun 2025
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jumlah Simpanan | Kementerian / Jabatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Pegawai Penyelidik Gred Q9 | 9 | 36 | Kementerian Pertahanan Malaysia | 19 Jun 2025 |
Penolong Pegawai Penyelidk Gred Q5 | 3 | 13 | Kementerian Pertahanan Malaysia | 19 Jun 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q9
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,580.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,580.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,690.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM2,910.00); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang Sains atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM3,020.00); atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sains atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q9: RM3,350.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Sains / Sains Dan Teknologi (Pengurusan Teknologi)
- Sains / Sains Dan Teknologi (Pengurusan R & D)
- Sains / Sains Dan Teknologi (Pengurusan Strategik)
- Sains / Sains Dan Teknologi (Penyelidikan Operasi)
- Kejuruteraan Bahan / Material
- Kimia Gunaan (Applied Chemistry)
- Kimia Industri
- Sains (Sains Kimia)
- Teknologi Kimia (Chemical Technology)
- Teknologi Tekstil (Textile)
- Kejuruteraan Aeroangkasa
- Kejuruteraan Penerbangan Aeronautik
- Cyber Security / Keselamatan Siber
- Kejuruteraan Perisian
- Sains Komputer
- Fizik Bahan
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Elektronik
- Kejuruteraan Komputer
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Mekatronik
- Kejuruteraan Pembuatan (Robotik & Automasi)
- Sains Gunaan (Fizik Kejuruteraan)
Jawatan Penolong Pegawai Penyelidk Gred Q5
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam jurusan Sains atau aliran Teknikal yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
- Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
- Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
- Diploma Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,974.00); atau
- Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,974.00); atau
- Diploma Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Sains (Geologi Petroleum)
- Sains (Sains Kimia)
- Kejuruteraan Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Mekatronik
Cara Permohonan
Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 19 Jun 2025, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) 2025,
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Jun 2025,
- Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.