Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MBPG 2025

Jawatan Kosong MBPG 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MBPG 2025
Maklumat Jawatan Kosong MBPG 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Juruteknik Komputer Gred FT1 | Kontrak | 1 | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 16 Jun 2025 |
Pembantu Khidmat Am Gred H1 | Kontrak | 3 | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 16 Jun 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MBPG 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Juruteknik Komputer Gred FT1
Calon lantikan Jawatan Kosong MBPG 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT1: RM1,622.00).
- Calon hendaklah memiliki dua (2) kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) subjek lain pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H1
Calon lantikan Jawatan Kosong MBPG 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
- SVM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
- Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas mengikut keperluan).
- Memiliki lesen memandu Kelas B2 / B / DA / D / E2 / E1 / E / F / G / H / I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
- Calon hendaklah memiliki dua (2) kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) subjek lain pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara online pada Borang Permohonan Jawatan Kosong yang telah disediakan sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 16 Jun 2025 (Isnin).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- E-Pengambilan PDRM 2025,
- Jawatan Kosong NIBM 2025,
- Jawatan Kosong SFC 2025,
- Jawatan Kosong UIS 2025,
- Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MBPG 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.