Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sehingga 40 Kekosongan Jawatan Kosong KKM 2024

Jawatan Kosong KKM 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Jawatan Kosong KKM 2024

Maklumat Jawatan Kosong KKM 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
KementerianKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Semenanjung
Taraf PelantikanCalon Lantikan Baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Kumpulan PerkhidmatanKumpulan Pelaksana
Jumlah Kekosongan40
Jumlah Simpanan80
Tarikh Tutup Permohonan21 Februari 2024 (Rabu)
Jawatan Kosong KKM 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong KKM 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N19: RM1,352.00); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan N19: RM1,408.40); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan N19: RM1,464.80); dan
  6. Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
Sehingga 40 Kekosongan Jawatan Kosong KKM 2024 1
Jawatan Kosong KKM 2024

Keperluan Tambahan

Keperluan tambahan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • Calon bukan daripada kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Calon mempunyai Body Mass Index (BMI) julat antara 19 hingga 30.
  • Calon sihat tubuh badan, tidak mempunyai masalah obesiti dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang sederhana atau tidak terkawal.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 21 Februari 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Sehingga 40 Kekosongan Jawatan Kosong KKM 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong KKM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KKM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More