Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu Tahun 2025

Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu

Maklumat Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Penolong Pensyarah Diploma Awal Kanak-KanakContract For Service (CFS)1RM 2,100.0022 Mei 2025
Penolong Pensyarah Diploma Pengajian IslamContract For Service (CFS)1RM 2,100.0022 Mei 2025
Penolong Pegawai TadbirContract For Service (CFS)1RM 1,900.0022 Mei 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat negeri Terengganu).
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kredit (minimum gred C) Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman pekerjaan dalam bidang yang berkaitan.
  5. Had umur pelantikan adalah 45 tahun.
  6. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Penolong Pensyarah Diploma Awal Kanak-Kanak

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 dan ke atas) Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Penolong Pensyarah Diploma Pengajian Islam

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 dan ke atas) Pengajian Islam (Usuluddin) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati pada laman web rasmi Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT) sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 22 Mei 2025 (Khamis).

Borang Permohonan Jawatan yang lengkap hendaklah dilampirkan bersama-sama dokumen seperti yang berikut:

  1. Resume pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan yang disahkan.
  3. Salinan skrol dan transkrip akademik yang disahkan.
  4. Lain-lain dokumen sokongan berkaitan akademik atau pengalaman kerja (jika ada).

Borang Permohonan Jawatan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat kelayakan minimum tidak akan diproses.

Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti yang berikut:

Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT)
Kampus Binjai, Jalan Air Putih
24000 Kemaman, Terengganu

(u.p. Unit Pentadbiran Am dan Sumber Manusia)
atau melalui e-mel: [email protected].

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu Tahun 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More