Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah Tahun 2025

Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Personel MySTEP Gred J9Kontrak (Tempoh Perkhidmatan Tamat Pada 31 Disember 2025
Bergantung Kepada Keperluan Jabatan)
4RM 2,100.00 Sebulan20 Julai 2025
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1Tetap1RM 1,500.00 – RM 4,680.0020 Julai 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Personel MySTEP Gred J9

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Tanah dan Geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Keutamaan kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan secara bertulis serta mengemukakan butir-butir diri (resume) yang lengkap, nombor telefon untuk dihubungi beserta salinan salinan sijil berkenaan yang telah disahkan, salinan MyKad dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 20 Julai 2025 (Ahad).

Setiausaha Lembaga
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
Aras 5-7, Wisma LJT, Lorong Perak
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03 – 41085191

Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

Semua permohonan akan dirahsiakan. Hanya calon-calon yang terpilih selepas tapisan akan dihubungi untuk menghadiri temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PERSONEL MYSTEP GRED J9<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N1<<<

Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah Tahun 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More