Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LLM Tahun 2025

Jawatan Kosong LLM kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong LLM

Maklumat Jawatan Kosong LLM yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Penolong Jurutera (Awam) Gred JA5KontrakLembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)RM 1,650.00 – RM 6,620.006 Ogos 2025
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1Tetap / KontrakLembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)RM 1,500.00 – RM 4,680.006 Ogos 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong LLM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Penolong Jurutera (Awam) Gred JA5

Calon lantikan Jawatan Kosong LLM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
  • Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM 2,055.00); dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tugas jawatan ini adalah mengendalikan perancangan dan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan awam iaitu membantu menyediakan isi kandungan perjanjian konsesi dan teknikal apendiks lebuh raya baharu, menyediakan laporan outcome lebuh raya yang telah beroperasi, mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, memantau tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga serta tender, membantu mengemaskini data ke dalam Sistem Pengurusan Aset Lebuhraya, membantu memproses permohonan Pembangunan Tepi Lebuhraya (PTL) serta menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1

Calon lantikan Jawatan Kosong LLM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00); dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tugas jawatan ini adalah menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan / Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail / dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan dan statistik.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) pada e-Rekrut LLM sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 6 Ogos 2025 (Rabu).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LLM Tahun 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong LLM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong LLM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More