Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Arkitek Gred J41Kontrak1RM2,529.00 – RM9,643.005 Mei 2024
Penolong Jurutera Gred JA29Kontrak2RM1,549.00 – RM5,701.005 Mei 2024
Pelukis Pelan Gred JA19Kontrak1RM1,377.00 – RM4,052.005 Mei 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang bagi tahun 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024 1
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang

Jawatan Arkitek Gred J41

Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia. (Gaji permulaan pada Gred J41 ialah: RM2,736.28).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29

Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29: RM1,935.02).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pelukis Pelan Gred JA19

Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA19: RM1,435.12).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan pada Google Form yang telah disediakan sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 5 Mei 2024 (Ahad).

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap serta memuatnaik dokumen dalam bentuk format pdf. sebagaimana yang dinyatakan di bawah sahaja.

  • Ringkasan maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja (resume).
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  • Salinan sijil lahir yang telah disahkan.
  • Salinan sijil tamat persekolahan / sijil berhenti sekolah yang telah disahkan.
  • Salinan sijil pendidikan tertinggi (Ijazah / Diploma / STPM / SPM / PMR) yang telah disahkan.
  • Salinan semakan pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui laman web interaktif eSisraf (Sijil / Diploma / Ijazah).
  • Permohonan bagi jawatan Gred 29 dan ke atas hendaklah sertakan ‘video resume’.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More