Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong MARDI Mac 2023

Jawatan Kosong MARDI Mac 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MARDI Mac 2023

MARDI adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan Jawatan Kosong MARDI Mac 2023 yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pembantu Awam
  • Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2023 (Jumaat)
  • Gred Jawatan: Setara dengan Pembantu Awam Gred H11
  • Taraf Jawatan: Contract for Service (CFS)
  • Pusat Tanggungjawab: Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR)
  • Penempatan: Ibu Pejabat MARDI
  • Gaji: RM1,200.00 (secara pukal)
  • Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun

Syarat/Kelayakan Permohonan

Syarat lantikan, syarat kelayakan serta bidang tugas permohonan Jawatan Kosong MARDI Mac 2023 adalah seperti berikut:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah

atau

Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki:

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah

  • Bidang Tugas:
  1. Melaksanakan aktiviti penanaman benih dan sayuran bagi jualan dana.
  2. Melaksanakan dan Menyelenggara pekakas dan peralatan bagi tujuan penanaman anak benih.
  3. Membantu dan mengendali jualan produk dana.
  4. Menyelenggara rekod stok dan produk jualan dana untuk tujuan pelaporan.
  5. Lain-lain tugas berkaitan dana yang diberikan dari masa ke semasa.

Cara Memohon 

Permohonan Jawatan Kosong MARDI Mac 2023 hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Pengarah

Pusat Penyelidikan Hortikultur
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

(u/p: Puan Siti Aminah Binti Jamaludin)

Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 6272

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MARDI Mac 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong MARDI Mac 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di Majlis Sukan Negara Malaysia 2023, Jawatan Kosong Di Kementerian Pengangkutan Malaysia 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Sebab Utama Gagal Temuduga Kerajaan

Ini adalah fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon penemuduga!

  • Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja.
  • Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
  • Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima. Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab.
  • Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.
  • Over confident dan terlalu yakin. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong MARDI Mac 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More