Pengambilan Pelbagai jawatan Kosong MyIPO 2025

Jawatan Kosong MyIPO 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MyIPO 2025
Maklumat Jawatan Kosong MyIPO 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
|---|---|---|---|
| Setiausaha Perbadanan Gred IP8 | Kontrak | RM 2,688.00 – RM 9,630.00 | 6 Ogos 2025 |
| Pegawai Sistem Maklumat Gred IP8 | Kontrak | RM 2,688.00 – RM 9,630.00 | 6 Ogos 2025 |
| Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred IP10 | Kontrak | RM 1,963.00 – RM 6,123.00 | 6 Ogos 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Setiausaha Perbadanan Gred IP8
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam / Undang-undang / Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki Sijil ICSA (Institute of Chartered Secretaries and Administrators) / CGMA (Chartered Governance Professional) / Licensed Secretary yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan satu kelebihan; dan
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pegawai Sistem Maklumat Gred IP8
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kepujian dalam Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred IP10
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Kepujian dalam Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong MyIPO sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 6 Ogos 2025 (Rabu).
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 6 Ogos 2025 ke alamat berikut:
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
ARAS 20, MENARA MyIPO, PJ SENTRAL
LOT 12, PERSIARAN BARAT, SEKSYEN 52
46200 PETALING JAYA, SELANGOR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong JAKIM 2025,
- Jawatan Kosong UTM Kuala Lumpur 2025,
- Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 2025,
- Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MyIPO 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.



