Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong PPUM 2023

Jawatan Kosong PPUM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong PPUM 2023

Maklumat Jawatan Kosong PPUM 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41
  2. PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT) C41
  3. JURU X RAY (RADIOTERAPI) U41
  4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
  5. JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) U29
  6. JURU X-RAY (RADIOTERAPI) U29
  7. JURURAWAT U29
  8. PENOLONG AKAUNTAN W29
  9. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
  10. PEMBANTU OPERASI N11
  • Tarikh Tutup Permohonan: 6 November 2023 (Isnin)
  • Jabatan / Kementerian: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Penolong Pegawai Perubatan U41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai minima sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja yang berkaitan, termasuk sebagai Penyelia Penolong Pegawai Perubatan dan memiliki Diploma Lanjutan / Sijil Pos Basik.

Jawatan Pegawai Sains C41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,317.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Juru X-ray U41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Jurupulih Perubatan U29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Jawatan Juru X-ray U29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Jururawat U29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Akauntan W29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

(b) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

(c) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM1,776.08); atau

(d) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2001.68).

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Kemahiran H19

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Operasi N11

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PPUM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(b) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan PPUM secara atas talian (online) sebelum tarikh tutup permohonan.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Pengisian bagi setiap jawatan adalah tertakluk kepada jumlah kekosongan yang berlaku untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kelulusan Jawatankuasa Pemilihan.

Penempatan bagi setiap jawatan adalah tertakluk kepada keperluan semasa Pentadbiran Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong PPUM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong PPUM 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di PERKESO Oktober 2023, Jawatan Kosong Di JIM Oktober 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong PPUM 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More