Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UIS Tahun 2025

Jawatan Kosong UIS bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong UIS
Maklumat Jawatan Kosong UIS yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
|---|---|---|---|
| Pegawai Telepemasaran | Sambilan | RM 78.46 / Sehari + Skim Insentif (Tertakluk kepada Terma & Syarat) | 31 Ogos 2025 |
| Pembantu Am Rendah | Kontrak / Tetap | RM 1,700.00 | 31 Ogos 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong UIS ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Telepemasaran
Calon lantikan Jawatan Kosong UIS ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan.
- Keutamaan kepada pelajar aktif Universiti Islam Selangor (UIS) atau alumni UIS.
Jawatan Pembantu Am Rendah
Calon lantikan Jawatan Kosong UIS ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Tamat darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan.
- Berkebolehan dan berpengetahuan dalam pengendalian peralatat pejabat, asas-asas perkhidmatan, asas keselamatan dan penyelenggaraan bangunan.
- Berkebolehan dan berpengetahuan dalam bidang penyelenggaraan landskap seperti trim pokok-pokok shrub, penjagaan pokok-pokok dan lain-lain kerja yang berkaitan dengan landskap.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dilakukan dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Universiti Islam Selangor yang dikepilkan pada IKLAN PENUH PERMOHONAN dibawah sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 31 Ogos 2025 (Ahad).
Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:
- Sijil Kelahiran yang telah disahkan.
- Kad Pengenalan yang telah disahkan.
- Ijazah Sarjana Muda / Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan).
- Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan).
- Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan).
- Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan).
- Sijil Kokurikulum.
- Profil Peribadi / Resume.
Dokumen-dokumen di atas hendaklah dikumpulkan dan dihantar dalam satu fail menggunakan format PDF (merge PDF).
Sila kemukakan permohonan melalui e-mel kepada [email protected] (borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses).
Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga melalui e-mel / panggilan telefon.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN 1<<<
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN 2<<<

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia 2025,
- Jawatan Kosong UPNM 2025,
- Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2025,
- Jawatan Kosong MPHLG 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UIS yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.




