Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pelbagai Jawatan Kosong UPSI 2023

UPSI kini membuka peluang kerjaya untuk anda yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UPSI 2023

Maklumat Jawatan Kosong UPSI 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanInfo Lanjut
1. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29 (Grafik)
2. Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29 (Pemasaran)
3. Jurusolek Gred B19
– Tarikh Tutup Permohonan: 26 Disember 2023 (Selasa)
– Lokasi Penempatan: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
– Taraf Jawatan: Kontrak
Jawatan Kosong UPSI 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UPSI 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan maksimum berumur 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh di dapati di bawah.
Pelbagai Jawatan Kosong UPSI 2023 1
Jawatan Kosong UPSI 2023

Jawatan Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29 (Grafik)

Calon lantikan Jawatan Kosong UPSI 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  3. Sijil matrikulasi KPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  5. Calon bagi lantikan dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  6. Keutamaan lantikan kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang Grafik.

Jawatan Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29 (Pemasaran)

Calon lantikan Jawatan Kosong UPSI 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  3. Sijil matrikulasi KPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  5. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  6. Keutamaan lantikan kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang Pemasaran.

Jawatan Jurusolek Gred B19

Calon lantikan Jawatan Kosong UPSI 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni solek serta kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau
  3. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,418.12); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,476.24).
  6. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda serta Master dan PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
  7. Calon yang memiliki kelayakan di atas hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI sebelum tarikh tutup permohonan, 26 Disember 2023.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pelbagai Jawatan Kosong UPSI 2023 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UPSI 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UPSI 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More