Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jenis Penutup Hidung dan Mulut Terbaik Untuk COVID19 dan Cara Pemakaian Penutup Hidung dan Mulut Yang Betul

Hari ini sudah masuk hari kesepuluh Perintah Kawalan Pergerakan. Nampaknya ada 18 hari lagi untuk kita semua berada dalam rumah masing-masing. Semoga negara kita akan bebas dari wabak COVID19.

Ramai individu memikirkan langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil, antaranya dengan menggunakan sanitizer tangan dan memakai topeng muka semasa berada di tempat awam.

Persoalannya, adakah topeng muka biasa atau topeng pembedahan yang biasa digunakan berkesan untuk mengelak virus?

Isi Kandungan

Jenis-Jenis Penutup Hidung dan Mulut.

1. Jenis Kain TIDAK SESUAI digunakan untuk mengelak jangkitan virus. Penggunaan adalah untuk elakkan kesejukan.

2.Jenis Span – TIDAK SESUAI digunakan untuk mengelak jangkitan virus. Penggunaannya lebih kepada fesyen saja.

3. Jenis N95 – Memberi perlindungan kepada petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit di hospital.

4. Jenis 3 Lapis – PALING SESUAI digunakan bagi mengelakkan jangkitan virus.

Jenis Penutup Hidung dan Mulut Terbaik Untuk COVID19 dan Cara Pemakaian Penutup Hidung dan Mulut Yang Betul 1
Penutup Hidung dan Mulut

Siapa Yang Perlu Pakai Penutup Hidung dan Mulut?

1.Penjaga individu yang mempunyai gejala pernafasan.

2.Petugas kesihatan yang mengendalik= pesakit.

3.Petugas dibarisan hadapan.

4.Individu yang ada gejala pernafasan (Batuk dan bersin)

Berdasarkan perkongsian hellodoktor.com, sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak sindrom pernafasan akut yang teruk atau SARS telah melanda dunia bermula di negara China.

Wabak tersebut disebabkan oleh sejenis koronavirus juga sama seperti novel koronavirus (2019-nCoV) dari Wuhan. Namun, saiz SARS koronavirus itu hanya sebesar 100 nanometer.

Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz koronavirus dari Wuhan itu tidak lagi diketahui, saiz koronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer.

Kesemua jenis virus tersebut sangat kecil dan boleh melepasi halangan seperti topeng pembedahan. Topeng muka pembedahan mungkin dapat melindungi daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara.

Jenis Penutup Hidung dan Mulut Terbaik Untuk COVID19 dan Cara Pemakaian Penutup Hidung dan Mulut Yang Betul 2
Penutup Hidung dan Mulut

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), topeng pembedahan tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil.

Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan. Tambahan, topeng pembedahan hanya boleh dipakai sekali guna sahaja. Pemakaian topeng N95 pula bergantung kepada individu ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti

CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis itu sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti koronavirus. Bagaimanapun, topeng muka jenis terbabit bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan koronavirus.

Dalam pada itu, topeng muka tersebut diberi nama ‘N95’ kerana ia akan memberikan perlindungan sebanyak 95 peratus kepada si pemakai dan boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron.

Jenis Topeng MukaTerbaik Untuk CoVid19 dan Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul
Penutup Hidung dan Mulut

Topeng Hidung dan Mulut  N95

Jenis Topeng MukaTerbaik Untuk CoVid19 dan Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul
Penutup Hidung dan Mulut

Topeng Hidung dan Mulut 3 Lapis

KUALA LUMPUR: Topeng muka kategori tiga lapisan dan N95 paling sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan wabak coronavirus (COVID-19) kerana mampu menapis kira-kira 95 peratus virus.

Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun, menjelaskan topeng muka kategori berkenaan boleh menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti COVID-19.

“Topeng muka tiga lapisan boleh didapati pada harga lebih murah berbanding N95. Biarpun topeng muka N95 paling baik, topeng muka tiga lapisan sudah memadai, selain harganya berpatutan. Jenis N95 lebih mahal dan lebih sesuai bagi menghalang jangkitan menerusi ‘airborne’ (udara).

“Topeng muka jenis tiga lapisan adalah jenis yang selalu digunakan pegawai perubatan dan kesihatan,” katanya sambil menambah, topeng muka jenis N95 boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, bakteria (100 peratus), debu (100 peratus) dan debunga (100 peratus).

Katanya, fungsi topeng jenis tiga lapis pula sama seperti N95, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, namun hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus).

Beliau tidak menggalakkan penggunaan topeng muka jenis dua atau satu lapisan mahupun jenis karbon yang boleh dibasuh dan digunakan semula kerana hanya boleh menapis virus pada kadar 10 peratus, bakteria (50 peratus), debu (10 peratus) dan debunga 50 peratus.

“Malah, topeng muka jenis karbon hanya sesuai bagi menghalang bau. Topeng muka juga tidak boleh digunakan berulang kali kerana dikhuatiri tercemar dengan virus yang boleh mengancam penggunanya.

“Saya faham keadaan kini amat mendesak lebih-lebih lagi dengan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran akibat penularan wabak COVID-19. Jika hanya mampu mendapatkan topeng muka jenis dua atau satu lapisan, saya menyarankan supaya memakainya sebanyak tiga topeng dalam satu masa.

“Berdasarkan cara penggunaan, topeng efektif digunakan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas itu, topeng baharu perlu digunakan, topeng lama perlu dibuang,” katanya.

Mengenai topeng muka jenis kain, Dr Hanafiah berkata, ia tidak sesuai digunakan langsung kerana kadar tapisan bagi menghalang virus dan debu adalah sifar peratus, manakala topeng muka jenis span yang banyak digunakan sebagai perhiasan pakaian juga tidak boleh menghalang virus.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan topeng muka amat penting dan tujuan utamanya adalah menghalang virus daripada memasuki tubuh melalui mulut atau hidung.

“Kita kena sentiasa berwaspada kerana virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebab itu kita wajib pakai topeng muka bagi mengelak kita menyentuh mulut atau hidung,” katanya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa hanya individu sakit atau mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka.

“Dalam keadaan kini, semua orang perlu memakai topeng muka apabila berada di tempat awam kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti virus berkenaan,” katanya.

Cara /Kaedah pemakaian topeng muka dengan betul:

1. Sebaiknya, cuci tangan terlebih dulu dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.

3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.

4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.

5. Sangkutkan pada telinga jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga manakala ikat pada belakang kepala jika ia adalah topeng jenis ikatan.

6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung.

7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu.

8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

Apa yang penting, pastikan anda semua berada di rumah dan jaga kebersihan dengan membasuh tangan dengan kerap.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More