Sumber Rujukan Globalisasi Anda

9 Jenis Bantuan Bulanan JKM Yang Rakyat Boleh Mohon

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan 9 jenis bantuan bagi mereka yang memerlukan. Tujuan utama bantuan ini diwujudkan adalah untuk:

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Antara 9 bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang rakyat boleh mohon adalah seperti berikut:

1.Bantuan Kanak-Kanak

KADAR

  • Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :
    i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
    ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
    iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

TUJUAN

  • Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
    ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
    kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Untuk membuat permohonan slik klik: Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2021

2. Bantuan Anak Pelihara

KADAR

  • RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

TUJuAN

  • Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  • Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :
  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

3.Bantuan Orang Tua

KADAR

  • RM500 sebulan seorang.

TUJUAN

  • Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa dan
    • institusi kendalian JKM; atau
    • pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara    percuma

Untuk membuat permohonan slik klik: Permohonan Bantuan Orang Tua JKM 2021

4. Elaun Pekerja Cacat

KADAR

  •  RM450 sebulan seorang.

TUJUAN

  • Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Pendapatan bulanan RM 1,200.00  dan ke bawah;
    ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

5. Bantuan Am Persekutuan

KADAR

  • RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

TUJUAN

  • Membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain

6. Bantuan AM Negeri

KADAR

  • Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

OBJEKTIF

  • Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
    (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin
    Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
    ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Berkerja

KADAR

  • RM300 seorang sebulan.

TUJUAN

  • Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
  • Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang Kad OKU JKM
  • Tidak berupaya bekerja
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
  1. Institusi kendalian JKM; atau
  2. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
  3. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

ATAU

  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
    Nota:
          Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar

KADAR

  • RM500 sebulan seorang.

TUJUAN

  • Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
  • Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;
    ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

9. Bantuan Latihan Perantis

KADAR

  • RM200 sebulan seorang.

TUJUAN

  • Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau  bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Cara Membuat Permohonan Bantuan JKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Yang Berkaitan
JKM 18  (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan Jabatan kebajikan masyarakat, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

atau layari http://www.jkm.gov.my/

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 9 Jenis Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More