Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Orang Tua JKM 2021

Kerajaan tidak pernah sesekali menyisihkan warga emas sebaliknya tetap dan terus menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas seperti kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga wang ringgit.

Oleh hal demikian, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan satu skim bantuan yang dinamakan Bantuan Orang Tua JKM bagi membantu warga emas di Malaysia yang tidak berkemampuan . Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan Orang Tua JKM

RM 500 sebulan setiap seorang

Kriteria Kelayakan

1.Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2.Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
4.Warga emas yang bukan tinggal  di:
i.  institusi kendalian JKM; atau
ii.    pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara    percuma;
ATAU
1.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Memohon Bantuan Orang Tua JKM

Ada 2 cara untuk anda memohon bantuan ini iaitu secara online dan terus ke pejabat JKM.

Berikut adalah cara memohon bantuan warga emas  secara online 

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM

2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.

3. Klik DAFTAR PERMOHONAN

4. Pilih NEGERI pemohon.

5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.

6. Klik DAFTAR.

7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.

8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.

9. Klik KEPUTUSAN.

Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.

Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dan sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Orang Tua JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Menarik untuk dibaca: PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT SPNB ONLINE

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More