Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Kurus Selepas Raya

Salam Syawal ke-8 pada hari ini. Tahun ini kita meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan suasana berbeza dari tahun-tahun yang sudah. Walaupun kunjung-mengunjung hanya dibenarkan pada Hari Raya pertama saja, namun acara makan-makan sepanjang syawal tetap ada. (bukan open house ya)

Kita semua masih terikat dengan SOP PKPB, jadi jangan memandai korang langgar PKPB pula.

Ramadhan sebulan. Ada di antara korang yang kurus selepas berpuasa selama 30 hari? Tahniah buat yang kurus atau berjaya turunkan berat badan. Saya selaku penulis di sini pun nak bagitau juga, saya berjaya turunkan berat selepas sebulan berpuasa. Tapi turun 3 kg jer.

Bertekad untuk tidak melantak semasa Hari Raya memang tidak ke mana tekadnya.

Kini, sudah naik 5kg dengan jayanya. Siapa naik berat badan selepas 3 atau 4 hari raya, kita geng.

Mesti korang gatal tangan meng’google’ ‘Tips Kurus Selepas Raya’, ‘bagaimana menurunkan berat badan selepas raya’, pendek kata nak kurus la.

Disebabkan penulis akan bermula misi kurus pada 01 Jun 2020, maka dengan ini penulis ingin kongsikan Motivasi Untuk Kuruskan badan. (Bukan tips kuruskan badan) sebabnya penulis pun masih tak kurus-kurus lagi macam cik Zulin.

Jom Kurus Selepas Raya

1. Jom Berdiri Depan Cermin dengan 3 posisi

Berdiri depan cermin dengan 3 posisi iaitu posisi depan, tepi dan bercangkung. Tanya diri anda,

Aku selesa ke dengan badan yang gemuk ni? 

Aku gemuk ini mudah bergerak ke? 

Aku gemuk ini senang cari baju ke?

Aku perut buncit ni senang nak solat ke? 

Aku punya paha yang berkilo-kilo penuh lemak nak duduk tasyahud akhir ini boleh ke?

Aku badan macam ni nak berlari larat ke?

Aku yang gemuk ini nak naik tangga larat ke?

Aku yang gemuk ini nak naik public transport? nak bergaul dengan orang? susah !

Macam mana kalau aku mati nanti? Boleh ke orang nak bawa aku? Mandikan aku?

Aku sakit? Siapa nak angkat aku yang gemuk ini?

Sampai bila aku nak gemuk macam ni? Sedangkan aku boleh kurus macam orang lain!

2. Pasang Niat dan letakkan matlamat.

Yang ni, dari tahun lalu penulis dah buat. Tapi berat badan masih itu-itu juga. Cuma inch loss banyak la…heheheh. Bagaimana berat tak turun tapi berlaku inch loss? Benar. Ini memang berlaku pada diri penulis sendiri, tapi bukanlah dengan makan supplement. Tapi..tu baca yang dibawah tu.

3. Dapatkan Ilmu Diet Yang Betul dan Tepat.

Diet bukan setakat, kau cakap hari ni “Eh, besok aku start diet”. Besoknya diet, langsung tak makan. Kalau dah buat macam tu, memang la salah cara diet malah mengundang sakit.

Diet sebenarnya kita perlu makan. Makan mengikut keperluan badan kita. Bukan makan sehabis-habisnya(kata lain melantak).

Sebab itu perlu dapatkan ilmu diet yang betul dan tepat. Anda FAHAM?

Untuk mencari ilmu diet ada banyak caranya kalau korang google di internet. Ataupun korang boleh cuba online coaching. Penulis join misi kurus ini secara online dan akan dimasukkan dalam satu group whatsapp. Dalam group tu, segala jenis makanan yang dimakan perlu dilaporkan, digambar dan di ajar cara anggaran kiraan kalori setiap jenis makanan.

Diet Bukan Perlu Berlapar!

Diet yang baik merupakan kunci kepada kejayaan program untuk kurus dan mengurangkan berat badan, terutama sekali bagi wanita yang semestinya mengidamkan tubuh badan yang langsing dan rupa paras yang menawan. Ramai yang salah anggap dengan definisi diet yang sebenar. Bagi kebanyakan orang, diet bermaksud kita perlu berlapar. Sebenarnya, diet adalah pemakanan harian kita. Sekiranya anda inginkan tubuh yang kurus dan menawan, pastikan anda mengamalkan diet yang betul

Tanda-Tanda Kita Perlu Kuruskan Badan Dengan Segera!

Lihat pada diri sendiri dan tanya pada diri sendiri sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut seperti:

  • Lenguh-lenguh badan dan sendi-sendi
  • Cepat penat serta mengantuk
  • Pergerakan yang lambat dan terhad
  • Tidur berdengkur
  • Dan sebagainya

Jika ya, maka anda hendaklah melakukan sesuatu kerana sekiranya anda mengabaikan tanda-tanda ini, ia mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih kronik.

Apalagi, Jom Kurus Selepas Raya!!

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More