Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Ketahui 7 Uji Personaliti Untuk Diri Anda

Uji personaliti anda dapat memberikan kita satu imej untuk mempersiapkan diri dalam menangangi sebarang permasalahan yang akan melanda. Salah satu sebab kenapa dunia ini indah untuk diduduki adalah kerana kewujudan pelbagai perangai manusia yang berbeza-beza, ada yang kecoh, ada diam, ada yang di tengah-tengah, ada yang berani, ada  yang takut dan lain-lain lagilah. Walaupun boleh jadi seorang individu ada gabungan bermacam sikap, tapi mesti ada satu uji personaliti yang paling ‘nampak’ atau jelas dalam diri. Rasa bersemangat tak nak tahu perangai yang paling ‘strong’ dalam diri ni? Kalau nak tahu, anda boleh buat uji personaliti anda yang telah direka oleh pakar psikologi untuk mengesan personaliti kuat yang ada dalam diri seseorang.

uji personaliti
Jom Ketahui 7 Uji Personaliti Untuk Diri Anda 2

Untuk memulakannya, anda kena tengok gambar ni dan simpan dalam otak apa yang anda pertama sekali nampak pada sekilas pandangan.

Bagaimana kita hendak uji personaliti masing-masing?

Apa haiwan yang korang nampak dulu? haiwan yang korang pilih sedikit sebanyak membongkar personaliti diri dan cara korang berfikir, cuba tengok penjelasan di bawah:

1. Harimau 

Harimau melambangkan kekuatan dan kekuasaan. Karakter jenis salah satu cara untuk kita uji personaliti kita, ini selalunya seorang yang panas baran dan kuat memberontak. Kadang kala suka membangkang dan tidak berdisiplin. Ada matlamat dan cita-cita yang besar dan boleh dicapai sekiranya mendengar nasihat dan tidak mengabaikan pandangan orang lain.

Tidak boleh dipercayai, mengambil risiko secara melulu dan boleh membawa kepada keburukan. Kepada mereka yang tidak mempunyai keinginan yang kuat pasti tidak dapat menahan kemagnetan karakter ini dan menuruti sahaja. Adalah baik sekiranya berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan dan memahami bahawa anda juga buat kesilapan sama macam orang lain.

2. Anjing

Anjing serinng kali dikaitkan dengan kesetiaan. Karakter jenis ini selalunya salah satu cara uji personaliti kita, seorang yang ikhlas dan setia. Mempunyai sifat adil yang tinggi dan mempengaruhi kehidupan seharian dan profesional mereka. Berjuang berhabis-habisan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak adil kepada diri mereka. Kadang kala boleh menyebabkan sesuatu perbincangan itu menjadi panjang dan berlaku pertengkaran dengan orang lain.

Mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan sentiasa mengetahui masa yang tepat untuk muncul atau mengatakan sesuatu yang bijak untuk menarik perhatian orang lain. Pastinya lebih baik menjadi sahabat mereka, daripada musuh.

Anjing tidak berdiam diri apabila dikhianati. Perkara ini bukan sahaja dalam kehidupan peribadi mereka, tetapi juga idea dan tugas mereka.

3. Helang

Helang mempunyai matlamat yang tinggi dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai sesuatu. Lelaki dan wanita jenis ini mulia dan menjaga orang yang memerlukan bantuan mereka. Mereka akan sentiasa berdiri untuk orang yang tersinggung atau dibuli. Anda boleh bergantung kepada mereka dan keputusan mereka dan ianya salah satu daripada kebanyakan cara untuk uji personaliti masing-masing.

Tidak takut akan kecaman dan cemuhan. Mereka percaya diri dan tidak terlalu melebih-lebih atau memandang rendah diri. Mempunyai pendekatan yang sangat serius terhadap keluarga dan tidak memilih pasangan dan berkahwin berdasarkan emosi. Jenis ini lebih suka secara terbuka menyatakan pendapat mereka, tetapi tidak menyedari perkara buruk yang berlaku di belakang mereka.

Dalam masyarakat mereka selalunya memiliki sikap seorang bangsawan, menyebabkan orang lain iri hati terhadap mereka.

4. Tupai

Tupai melambangkan pergerakan, kecekapan, tenaga, dan pengabdian kepada tugas. Tupai mempunyai kecerdasan tinggi, berpandangan jauh, dan sentiasa aktif. Mereka sentiasa cuba maju dengan tenaga dan disokong oleh keyakinan dan kekuatan.

Sikap suka bercampur menjadikan tupai popular dalam masyarakat. Keperibadian ini sangat komunikatif dengan orang di sekeliling  tertarik dengan semangat optimistik mereka. Sentiasa berusaha sedaya upaya walaupun sesusah mana sekalipun.

Sentiasa menganalisis dan memerhati situasi untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Mereka bergerak dengan cepat ke masa depan, tetapi tidak pernah melupakan keluarga dan tempat asal mereka.

5. Gajah

Kehormatan, kebolehan mental yang luar biasa, kuasa, kebijaksanaan, dan prestij adalah ciri utama dari jenis ini. Gajah menarik orang dengan sikap dan tujuan mereka. Mereka berorientasi dengan kerjaya dan status sosial mereka. Berbeza dengan harimau, mereka mencapai kejayaan dalam kehidupan dengan memikirkan setiap langkah, bukan dengan terlalu bercita-cita tinggi.

Keluarga sangat penting untuk orang-orang jenis ini. Mempunyai ramai kawan di sekeliling mereka. Memerlukan seseorang yang penyayang yang dapat membimbing untuk mempercayai diri sendiri.

6. Ikan

Jenis ini mewakili seseorang yang sempurna. Orang-orang ini dipandu oleh tanda-tanda yang mereka lihat di jalan mereka dan dengan mahir mengelakkan halangan. Mereka agak gigih, tetapi biasanya tidak reaktif. Mereka memenangi pertempuran mereka sedikit demi sedikit.

Mereka juga tahu cara menyimpan rahsia sendiri dan orang lain dan mempunyai kecenderungan menjadi orang yang sangat privasi.

Sering berubah mood, walaupun ia mungkin tidak dapat dilihat kerana tidak cukup ekspresif pada wajah. Cenderung terlihat seorang yang misteri. Tidak suka menyembunyikan apa-apa, tidak membazirkan tenaga dan akan bertindak pada masa yang sesuai.

7. Katak

Katak sentiasa dalam keadaan rileks. Keperibadian jenis ini tidak tergesa-gesa dan selalu mengambil masa untuk mengamati, menganalisis, dan membuat keputusan terbaik di antara semua pilihan. Katak boleh menjadi sahabat baik yang dapat mendengar dan memberikan nasihat yang baik.

Orang-orang ini mempunyai kebijaksanaan yang membantu di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi mereka, tetapi kadang kala menunggu terlalu lama sehingga terlepas peluang yang baik.

Katak mempunyai gerak hati yang hebat dan dengan mudah boleh melarikan diri dari bahaya dan selamat dalam keadaan yang berbeza. Mereka adalah ‘workaholics’ dan tahap penumpuan yang tinggi membantu mereka mencapai matlamat.

Korang rasa korang haiwan yang mana? Selain itu, untuk mencari Hebatnya Ayat Kursi, QS. Al Baqarah (255), anda boleh baca artikel tersebut.

Sumber: Bright Side

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More