Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jualan Gudang Karangkraf 2023 Kali Ke-2

Jualan Gudang Karangkraf 2023 buat kali yang kedua pada tahun ini kembali lagi menemui pengunjung selama 11 hari dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam bermula 31 Ogos hingga 10 September 2023.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang Jualan Gudang Karangkraf 2023 itu berlangsung.

Justeru, ayuh ramai-ramai kita memeriahkan Jualan Gudang Karangkraf 2023 ini!

Isi Kandungan

Jualan Gudang Karangkraf 2023

Eksekutif Pemasaran Digital Grup Buku Karangkraf (GBK), Nurul Farehah Mohd Lokman berkata, pihaknya sudah melancarkan promosi secara besar-besaran pada kali ini selain melakukan penambahbaikan untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke acara tersebut.

“Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar, kami (GBK) sudah pun menyediakan beberapa kerangka untuk penambahbaikan. GBK berharap orang ramai hadir memeriahkan acara selama 11 hari ini kerana ia berlangsung semasa cuti sekolah, hari kemerdekaan dan ada juga hari yang bertindih dengan Karnival Pendidikan Sinar Bestari,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin baru-baru ini.

Sebelum ini, Jualan Gudang Karangkraf kali pertama berlangsung selama 10 hari bermula 27 Januari hingga 6 Februari 2023 di tempat yang sama dengan tawaran menarik diberikan kepada pengunjung seperti diskaun bermula dari 15 hingga 80 peratus mengikut jenis buku.

Nurul Farehah memaklumkan, antara aktiviti yang turut menjadi perhatian ramai selain jualan buku adalah pertandingan menulis mushaf al-Quran terbuka untuk semua lapisan umur. Tambahnya, buku menulis mushaf digunakan dalam pertandingan tersebut adalah antara yang paling laris dijual menerusi laman web Karangkraf Mall dalam platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan Tiktok Shop.

“Pertandingan ini terbuka untuk semua yang berminat. Seperti sebelum ini, kebanyakan yang menyertai adalah golongan remaja dalam lingkungan 10 hingga 18 tahun tetapi dewasa atau kanak-kanak juga boleh sertainya. Juri dalam kalangan ustaz akan menilai tulisan mushaf itu berdasarkan kekemasan dan tanda bacaan yang betul, kemudian memilih pemenang dan kami berikan hadiah,” ujarnya.

Klik pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pertandingan dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Jualan Gudang Karangkraf 2023 ini berlangsung.

>>>Karnival Pendidikan Sinar Bestari<<<

Jualan Gudang Karangkraf 2023

Apa Yang Menarik Jualan Gudang Karangkraf 2023 Ini?

Selain diskaun sehingga 80 peratus dan pertandingan menulis mushaf al-Quran, terdapat banyak lagi perkara-perkara menarik yang terdapat sepanjang Jualan Gudang Karangkraf 2023 ini berlangsung antaranya

  • Cabutan bertuah dan Hadiah bernilai sehingga RM1,000 kepada pemenang yang bertuah.
  • Jualan buku serendah RM10.
  • Temu mesra bersama penulis.
  • Terdapat 32 variasi al-Quran.
  • Boleh menang ‘free gift’ hari-hari sepanjang Jualan Gudang Karangkraf 2023 berlangsung.
  • Masuk adalah PERCUMA.
  • Pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik disediakan.

Jualan Gudang Karangkraf 2023 Kali Ke-2 1

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Jualan Gudang Karangkraf 2023 ini, sila rujuk Facebook Grup Buku Karangkraf dari semasa ke semasa.

Ayuh ramai-ramai kita menjayakan Jualan Gudang Karangkraf 2023 ini dan bawalah anak-anak bersama untuk dapatkan manfaat dengan mengikuti pelbagai pertandingan dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang ia berlangsung.

Semoga perkongsian tentang Jualan Gudang Karangkraf 2023 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More