Bahan Pendidikan Untuk Semua

Keistimewaan Petai untuk Kesihatan

Tidak semua orang meminati petai kerana rasa dan baunya tetapi tahukan anda terdapat pelbagai khasiat dan keistimewaan yang terdapat di dalam petai tersebut?

Petai mengandungi tiga gula penting semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa dan ditambah dengan kandungan serat.   Hasilnya, petai memberi dan meningkatkan tenaga secara  kadar segera dan berterusan.

Petai juga mengandungi 4 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan epal, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, tiga kali ganda fosfor, lima kali lebih Vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.

Bintil-bintil pada papannya dikatakan juga mengandungi kadar protein dan lemak tinggi jika hendak dibandingkan tumbuhan hutan yang lain, iaitu 11% karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C.

Berikut adalah manfaat dan keistimewaan yang anda akan dapat apabila mengamalkan makan petai yang perlu anda ketahui :-

 

1. Mengawal Sindrom Pra-Haid

Membantu mengawal mood wanita yang mengalami sindrom premenstrual.

 

2. Mengawal Kemurungan

Kajian mendapati orang yang mengalami kemurungan menjadi kembali pulih selepas makan petai.  Ini disebabkan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang terdapat dalam badan boleh bertukar kepada serotonin yang dapat menghasilkan perasaan yang lebih tenang, gembira dan emosi lebih stabil.

 

3. Mengatasi Masalah Anemia

Zat besi yang terdapat dalam petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.

 

4. Menurunkan Kadar  Tekanan Darah Tinggi dan Strok

US Food and Drug Administration telah menyenaraikan petai sebagai salah satu buah yang boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok kerana kandungan kalium dan kandungan rendah garamnya.

 

5.  Kecerdasan Otak

Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah mendapati pelajar yang  memakan petai dapat meningkatkan daya otak mereka disamping membantu pelajar lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.

 

6. Menyembuhkan Masalah Sembelit

Petai mengandungi serat yang tinggi dan boleh membantu menyembuhkan masalah penghadaman dan pembuangan air besar tanpa menggunakan julap.

 

7. Menghilangkan Kelesuan dan Keletihan

Jus petai yang dicampur dengan dengan madu dapat mengurangkan keletihan dan kelesuan.

 

8. Mengurangkan Kegatalan Gigitan Nyamuk

Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk.   Kulit petai akan digosok pada bahagian yang terkena gigitan. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.

 

9. Menenangkan sistem saraf 

Kandungan Vitamin B yang tinggi dapat membantu menenangkan sistem saraf.

 

10. Membantu Menurunkan Berat Badan

Dengan mengamalkan makan petai, anda dapat mengawal nafsu makan daripada berkeinginan mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Oleh sebab itu, anda dapat menurunkan berat badan berlebihan.

 

11. Menghilangkan Sakit Ulser Perut

Petai berkesan meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan perut.

 

12. Mengurangkan Ketagihan Rokok

Kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai dapat membantu menghilangkan kesan-kesan nikotin terhadap tubuh perokok dan juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.

 

13. Mengawal Tekanan Perasaan

Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekaligus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat dirawat dengan memakan petai yang tinggi potassium. Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan yang dapat menormalkan kadar degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan.

 

14. Masalah Cacing dalam Badan

Petai yang dimakan dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.

 

15. Membantu Merawat Demam Kuning

Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning.   Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya diminum dan diulang beberapa kali sehingga sembuh.

 

16. Menghilangkan Masalah Ketuat

Bagi mereka yang mempunyai masalah ketuat, boleh cuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berketuat menggunakan plaster atau kain.

 

17. Mengurang Rasa Loya atau Mabuk

Campuran petai, madu dan susu dapat memperbaiki paras glukosa dalam badan dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap normal.  Ada petua yang mengesyorkan campuran petai bersama susu dan madu, dapat mengurangkan masalah loya dan kemabukan.

 

18. Melancarkan sistem pencernaan

Petai mengandungi serat yang tinggi.  Serat di dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda dan boleh mengelakkan sembelit, sakit perut, cirit-birit dan perut sebu.

 

19. Menjadikan Anda Lebih Muda dan Menawan

Amalan memakan petai dapat mengekalkan wajah kelihatan awet muda.  Ini kerana kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit.

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More