Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin Dikuatkuasa Mulai 10 Ogos Ini

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin akan mulai dikuatkuasakan mulai 10 Ogos ini. Perkara ini menjadi berita baik buat penerima vaksin sekalian. Baca artikel ini untuk mengetahui senarai kelonggaran yang diberikan.

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

Isi Kandungan

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

Ini merupakan antara berita baik yang diberikan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang sudah mendapatkan 2 dos vaksin. Akan tetapi, mereka perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan penerima 2 dos vaksin yang lengkap. Untuk mendapatkan penerangan yang jelas, anda boleh baca di bawah. Tentukan sama ada anda berada di kategori yang mana.

Jikalau anda masih tidak faham atau mempunyai keraguan, anda boleh bertanyakan soalan kepada mana-mana pusat vaksin yang berdekatan dengan anda.

Kategori Penerima 2 Dos Vaksin Lengkap

Untuk menggunakan kelonggaran penerima 2 dos vaksin yang lengkap, hanya terdapat 2 kategori sahaja. Jikalau anda tidak menepati kriteria atau syarat yang ditetapkan, anda perlu menunggu giliran anda.

  • KATEGORI 1 – Untuk kategori ini, penerima vaksin jenis yang berkaitan perlulah memastikan bahawa anda melepasi hari ke-14 bermula daripada hari tarikh suntikan dos kedua. Di bawah ini merupakan jenis vaksin yang dimaksudkan:
  1. Vaksin Pfizer.
  2. Vaksin AstraZeneca.
  3. Vaksin Sinovac.
  • KATEGORI 2- Untuk penerima vaksin ini pulu, anda perlu memastikan anda sudah melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan. Penerima ini hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja. Vaksin yang dimaksudkan ialah:
  1. Vaksin Johnson & Johnson.
  2. Vaksin CanSino.

Selain daripada itu, anda juga boleh membaca artikel berkaitan Vaksin Casino, Johnson & Johnson Diluluskan, MySejahtera:Pendaftaran Vaksin Anak Umur 12 Tahun ke Atas dan Cara Daftar Vaksin Untuk Anak-anak dan Remaja. Moga-moga membantu anda.

Jenis Kelonggaran

Terdapat 3 kategori utama kelonggaran yang diberikan kepada penerima 2 dos suntikan vaksin. Akan tetapi, menurut kenyataan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, meskipun sudah diberikan vaksin dan kelonggaran, risiko untuk peningkatan bilangan kes harian akan berlaku. Namun, kerajaan juga memandang kepada kelebihan dan manfaat setelah diberikan vaksin, kesihatan mental dan kesihatan fizikal rakyat Malaysia serta pemulihan aktiviti ekonomi negara.

Maka, kelonggaran penerima 2 dos vaksin ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin dengan mengikuti garis panduan yang sudah diberikan. Masih ada kemungkinan bahawa kelonggaran ini akan ditarik balik oleh kerajaan sekiranya ada ketidakpatuhan kepada SOP yang sudah ditetapkan. Moga-moga, berita ini memberi kesan positif dan semangat rakyat Malaysia untuk terus berjuang dengan mengikuti segala SOP dan mendapatkan vaksin.

Kategori bagi Seluruh Malaysia

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

*NOTIS: Kategori ini adalah tertakluk kepada semua negeri dan terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara(PPN).

WARGA TERLIBAT

PERKARA

PENJELASAN

  • PENGEMBARA WARGANEGARA
  • PENGEMBARA BUKAN WARGANEGARA
  • Dibenarkan menjalankan kuarantin wajib di rumah kediaman.
  1. Pengembara warganegara/bukan warganegara yang telah mendapat vaksin dos lengkap.
  2. Diberikan kebenaran untuk menjalani kuarantin di kediaman.
  3. Akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah(HSO).
  • PASANGAN SUAMI ISTERI
  • Rentas negeri/daerah
  1. Pasangan suami isteri ini hendaklah sudah mendapatkan dos vaksin yang lengkap.
  2. Dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah bagi bertemu pasangan masing-masing(Hubungan jarak jauh).
  • IBUBAPA
  • Rentas negeri/daerah
  1. Ibu bapa akan dibenarkan melawat anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun.
  2. Sudah mendapat dos vaksin yang lengkap.

Kategori Sektor Sosial bagi Negeri-negeri Fasa 2

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

Bagi sektor sosial, terdapat 4 kelonggaran utama yang diberikan iaitu:

  • AKTIVITI MERENTAS DAERAH

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

STATUS

PENJELASAN

 DIBENARKAN

  1. Mana-mana penerima 2 dos vaksin lengkap dibenarkan untuk merentas daerah dalam negeri sahaja.
  2. Anda perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas sekatan jalan raya.
  • AKTIVITI DINE-IN

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

STATUS

PENJELASAN

 DIBENARKAN

  • Perkara ini agak mempunyai risiko yang agak tinggi kerana membuka pelitup muka ketika makan.
  • Disebabkan itu, orang ramai dinasihatkan agar berada tidak terlalu lama, menggunaka take-away jika terlalu ramai dan mencari pengudaraan yang baik.
  • Pengusaha kedai dinasihatkan agar menyediakan lebih banyak tempat makan dan pengudaraan yang baik.
  • Pemilik premis perlu pastikan bahawa yang memasuki untuk dine-in menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19.
  • Bagi ibu bapa yang ingin membawa dine-in anak-anak ke kedai makan, pastikan mereka mematuhi segala SOP.
  • AKTIVITI BERSUKAN(OUTDOOR)

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

STATUS

PENJELASAN

DIBENARKAN

  • Aktiviti ini dibenarkan bermula jam 6.00 pagi sehingga 10.00 dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal.
  • Aktiviti dine-in di premis club house dibenarkan dengan syarat menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19.
  • Operasi bilik persalinan atau bilik mandi tidak dibenarkan.
  • Antara aktiviti kelonggaran penerima 2 dos suntikan ialah:
    1. Jogging.
    2. Senaman.
    3. Taichi.
    4. Berbasikal.
    5. Golf.
    6. Dan lain-lain berkaitan.
  • AKTIVITI PELANCONGAN DALAM NEGERI

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

STATUS

PENJELASAN

 DIBENARKAN

  • Aktiviti pelancingan hanya dibenarkan dalam negeri atau daerah sahaja.
  • Homestay atau hotel perlu pastikan tetamu menunjukkan sijil vaksinasi Covid-19 sebelum daftar masuk.

Kategori Hal-hal Keagamaan

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

Untuk hal-hal keagamaan, terdapat beberapa garis panduan yang perlu diikuti. Meskipun anda diberikan kelonggaran penerima 2 dos vaksin yang lengkap, akan tetapi anda masih perlu mengikuti SOP yang ditentukan.

PERKARA

TINDAKAN

  • Memastikan protokol dan SOP kesihatan awam(pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, jemaah terus pulang) terjaga.

PIHAK MASJID DAN SURAU

  • Jemaah yang hadir mestilah sudah melengkapkan dos vaksin yang lengkap.
  • Menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada pegawai masjid/surau bertugas.
  • Mengikuti SOP yang ditetapkan.

JEMAAH

  •  Dibenarkan untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.

PENGANUT BUKAN ISLAM

  • Perkara ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam.

PIHAK BERKUASA

Senarai Negeri Berdasarkan Fasa PPN

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

Umumnya mengetahui bahawa, Pelan Pemulihan Negara iaitu PPN dijalankan di negara Malaysia sebagai usaha dan insiatif untuk memerangi pandemik Covid-19 ini. Terdapat 4 Fasa dalam PPN yang diambil kira berdasarkan beberapa sektor penting, antaranya ialah:

  1. Sektor pembuatan.
  2. Sektor Pertanian dan Komoditi.
  3. Kawalan Pergerakan(Utama).
  4. Kawalan Pergerakan(Pengangkutan Awam).
  5. Dan lain-lain berkaitan.

Melihatkan kepada bilangan dan jumlah kes Covid-19 mengikut negeri, maka negeri-negeri Malaysia akan diletakkan kepada beberapa fasa yang berbeza. Di setiap fasa, jenis kuatkuasa juga adalah berbeza. Begitu juga dengan kelonggaran penerima 2 dos vaksin ini, hanya diberikan kepada fasa yang tertentu sahaja. Di bawah ini merupakan fasa dan senarai terkini bagi negeri-negeri yang terlibat.

*NOTIS:Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan PPN, anda boleh melayari laman rasmi Pelan Pemulihan Negara dengan menekan link di bawah ini.

Laman Rasmi Pelan Pemulihan Negara(PPN)

Fasa Pertama

Berikut merupakan senarai negeri yang masih berada dalam fasa 1 berdasarkan Pelan Pemulihan Negara(PPN):

  1. Negeri Kedah.
  2. Negeri Selangor.
  3. Negeri Sembilan.
  4. Negeri Melaka.
  5. Negeri Johor.
  6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  7. Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Fasa Kedua

Berikut merupakan senarai negeri yang masih berada dalam fasa 2 berdasarkan Pelan Pemulihan Negara(PPN). Bagi negeri fasa 2 ini, mereka boleh menggunakan kelonggaran penerima 2 dos vaksin yang diberikan dengan syarat masih mengikuti segala SOP yang ditetapkan:

  1. Negeri Pulau Pinang.
  2. Negeri Perak.
  3. Negeri Kelantan.
  4. Negeri Terengganu.
  5. Negeri Pahang.
  6. Negeri Sabah.

Fasa Ketiga

Berikut merupakan senarai negeri yang berada dalam fasa 3 berdasarkan Pelan Pemulihan Negara(PPN):

  1. Negeri Perlis.
  2. Negeri Sarawak.
  3. Labuan.

3 Aspek yang Ditekankan bagi Memerangi Pandemik

Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

Menurut ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, terdapat 3 aspek yang sering ditekankan bagi menguruskan pandemik ini, iaitu:

  • PERTAMA: Kesihatan dan Keselamatan Rakyat Malaysia.
  • KEDUA: Ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan.
    1. Aspek pertama dan kedua sering disebut sebagai tanda untuk mengimbangi antara nyawa manusia dan juga kelangsungan bagi meneruskan kehidupan di hari-hari esok.
  • KETIGA: Kesejahteraan Rakyat
    1. Dalam konteks ini, kesihatan mental dan sosial manusia juga perlu diberikan perhatian.

Video Ucapan Perdana Menteri

Untuk melihat kembali video ucapan Perdana Menteri berkaitan kelonggaran penerima 2 dos vaksin, anda boleh menekan link di bawah ini.

Kenyataan Rasmi Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin

Untuk membaca kenyataan rasmi berkaitan kelonggaran penerima 2 dos vaksin yang disampaikan oleh PM Tan Sri Muhyiddin, anda boleh memuat turun kenyataan di bawah.

TEKS UCAPAN YAB PM-KELONGGARAN PENERIMA 2 DOS VAKSIN LENGKAP

Soalan Lazim

Apakah kelonggaran penerima 2 dos vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia?

  • Mana-mana rakyat Malaysia yang sudah mendapatkan suntikan 2 dos vaksin yang lengkap, anda akan diberikan kelonggaran untuk merentas daerah, aktiviti pelancongan, aktiviti sukan dan juga dine in di kedai-kedai makan berdasarkan syarat dan SOP yang ditetapkan.

Bilakah kelonggaran penerima 2 dos vaksin ini mula dikuatkuasakan?

  • Kelonggaran yang diberikan ini akan mulai dikuat kuasa pada tarikh 10 Ogos 2021 bersamaan hari Selasa.

Saya sudah menerima 1 dos suntikan vaksin Johnson & Johnson. Adakah saya termasuk kategori kelonggaran penerima 2 dos vaksin ini?

  • Ya, meskipun anda hanya menerima 1 dos sahaja, anda boleh menggunakan kelonggaran ini. Dengan syarat, anda perlu memastikan sudah melepasi tempoh 28 hari daripada tarikh suntikan.

Saya ingin berjumpa dengan anak saya. Adakah saya dan suami dibenarkan merentas negeri?

  • Ya, mengikut kenyataan rasmi, ibu bapa yang ingin melawat anak-anak dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan syarat kedua-duanya menepati syarat lengkap dos vaksin.

Saya ingin dine-in ke kedai makan. Apakah yang perlu saya lakukan?

  • Anda perlu memastikan anda mengikuti SOP yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan seumpamanya. Pergi ke kedai makan yang anda mahukan dan tunjuk bukti sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada peniaga di kedai.

Apakah itu sijil digital vaksinasi Covid-19?

  • Sijil digital vaksinasi Covid-19 ini merupakan sijil atas talian sebagai bukti bahawa anda sudah meneri suntikan vaksin yang lengkap dan layak menggunakan kelonggaran penerima 2 dos vaksin.

Daftarkan Vaksin Anda Sekarang

Diharapkan agar perkongsian artikel pada kali ini mampu memberi kefahaman dan penjelasan kepada anda berkaitan kelonggaran penerima 2 dos vaksin yang akan mulai dikuatkuasa mulai 10 Ogos ini. Bukan itu sahaja, bahkan mampu menggalakkan mana-mana insan yang masih belum mendaftarkan diri untuk vaksin, mengambil tindakan segera.

Ingatlah keluarga dan insan yang tersayang di rumah anda. Janganlah kerana ketidakengganan anda, maka orang lain menerima padahnya. Marilah kita bersama-sama membebaskan negara daripada gejala yang sudah lama menjajah negara kita dan dunia. Sesungguhnya, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita mampu melakukannya!

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More