Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kesan Memakai Earphone Terlalu Lama Melebihi 1 Jam Berterusan

Tahukah anda kesan memakai earphone terlalu lama boleh mengakibatkan masalah kepada anda? Percaya atau tidak, baca artikel ini.

Kesan Memakai Earphone Terlalu Lama

Earphone

Earphone ini secara tidak langsung merupakan antara salah satu teknologi ciptaan manusia pada beberapa dekad yang lalu. Tujuan penciptaan earphone adalah tidak lain tidak bukan untuk membantu pendengaran manusia.

Dalam erti kata lain, kita menggunakan earphone untuk memastikan bunyi video atau panggilan yang dibuat tidak dapat didengar oleh orang lain.

Bukan itu sahaja, earphone juga turut digunakan untuk mereka yang mahu fokus dalam pekerjaan yang mereka lakukan sambil mendengar lagu.

Banyak kegunaannya. Tetapi, adakah anda menggunakan earphone ini dengan baik? Betul atau tidak cara penggunaan anda? Mari saya kongsikan masalah umum yang dilakukan oleh manusia.

Headphone

Selain daripada earphone, headphone juga turut mempunyai fungsi yang hampir sama. Kedua-dua alat ini berbeza daripada segi bentuk dan saiz.

Pemilihan pengguna adalah berdasarkan kepada keselesaan individu itu sendiri.

Kesan Memakai Earphone Terlalu Lama

Kita boleh menggunakan earphone untuk keselesaan sendiri, akan tetapi penggunaan yang berlebihan akan memberi kesan sampingan secara tidak langsung.

Kesan Memakai Earphone Terlalu Lama

Berikut merupakan kesan memakai earphone terlalu lama kepada manusia:

  • Kehilangan pendengaran.

Pendengaran manusia bukan sahaja akan terganggu melalui bunyi yang terlalu kuat, akan tetapi penggunaan fon telinga juga turut memberi kesan.

  • Jangkitan telinga.

Jangkitan ini boleh berlaku secara tidak kita sedar. Ianya kerana, pendengaran kita akan merosot secara perlahan dalam jangka masa yang lama.

  • Pening kepala.

Kalau kita sedar, apabila memakai earphone terlalu lama, kita akan berasa agak kepeningan dan berpinar-pinar. Jika jadi sebegitu, berhentilah memakai earphone dalam tempoh tertentu.

  • Mengalami Tinnitus.

Ini adalah kejadian di mana anda mendengar bunyi berdesing sama ada dalam kepala atau telinga anda. Elakkan sehingga terjadi sebegini.

Cara Betul Gunakan Earphone

Kalau begitu, boleh atau pun tidak untuk kita memakai earphone? Boleh, akan tetapi anda perlu berwaspada setelah mengetahui kesan memakai earphone terlalu lama.

Berikut merupakan cadangan yang betul daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM untuk mengelakkan masalah pendengaran akibat daripada memakai eraphone yang terlalu lama iaitu:

  1. Meminimumkan penggunaan earphone atau headphone.
    • Digalakkan untuk memakai 2 kali sehari sahaja dalam tempoh tertentu.
    • Tidak berpanjangan.
  2. Mengelakkan penggunaan ear bud atau putik kapas.
    • Apa kaitan pula yer?
    • Memang ada kaitan kerana penggunaan ear bud yang terlalu kerap amatlah tidak bagus untuk telinga kita.
    • Seeloknya mencuci telinga semasa mandi.
  3. Penetapan audio tidak melebihi 50%.
    • Semasa memakai earphone atau headphone, pastikan bunyi yang dipasang adalah tidak melebihi setengah.
    • Ini kerana, bunyi yang terlalu kuat akan memberi getaran kepada cecair yang berada dalam telinga anda.
    • Bahkan, rerambut halus yang berada dalam telinga akan bergetar dengan lebih kuat.
    • Kesannya, pendengaran anda akan terjejas.
  4. Had penggunaan earphone mestilah tidak melebihi 90 minit.
    • Ramai dalam kalangan kita yang memakai dari pagi ke siang, dan siang ke malam.
    • Amalan ini amatlah tidak baik untuk pendengaran kita.
    • Apabila mencapai had 90 minit, berhenti seketika.
  5. Peruntukkan masa untuk telinga berehat.
    • Telinga juga organ manusia yang memerlukan rehat untuk membaiki sel-sel atau tisu dalaman.
    • Maka dengan itu, telinga memerlukan sehingga 16 jam untuk berehat.
    • Elakkan memakai earphone semasa tidur.

*NOTIS:

Selain daripada artikel berkaitan kesan memakai earphone terlalu lama, anda juga boleh membaca artikel berkaitan Cara Atasi Resdung Teruk sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan.

Dapatkan maklumat lanjut di artikel ini.

Earphone atau Headphone? Mana lebih Baik?

Kesan Memakai Earphone Terlalu Lama

Mana yang lebih baik? Memakai earphone atau pun headphone?

Kedua-duanya boleh dipakai, tetapi mengikut kadar yang telah diasarankan. Ini kerana, kedua-duanya memberi kesan negatif sekiranya penggunaan berterusan.

Perkongsian kesan memakai earphone yang terlalu lama amatlah berguna buat anda semua.

Video Penggunaan Earphone

Video ini dikongsi bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan kesan memakai earphone terlalu lama yang berlebihan. Jadikan video ini sebagai iktibar agar kita tidak menjadi seperti sedemikian.

Jangan terlalu amalkan penggunaan earphone yang terlalu kerap.

Ubah Penggunaan Earphone Anda Segera

Diharapkan agar perkongsian berkaitan kesan memakai earphone terlalu lama ini mampu dimanfatakan dengan sebaik mungkin oleh semua golongan umur.

Telinga kita hanya diberikan sepasang sahaja seumur hidup.

Jagalah pemberian yang diberikan ini dengan baik. Bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More