Bahan Pendidikan Untuk Semua

Khasiat Daun Lidah Buaya yang Harus Kamu Tahu

Pokok lidah buaya adalah salah satu daripada antara 250 spesies tumbuhan Aloe serata dunia.

Lidah buaya kaya dengan pelbagai nutrisi seperti natrium palmat, sorbitol, gliserin dan sodium karbonat.  Lidah buaya  amat membantu menyelesaikan permasalahan kulit.

Sekadar disapu pada kulit pun sudah membawa pelbagai kebaikan dan keajaiban pada kulit wajah anda.

Tidak hairanlah jika, Alexander The Great menawan sebuah pulau di Africa hanya untuk memastikan dia mempunyai bekalan lidah buaya yang mencukupi bagi merawat tenteranya yang tercedera ketika berperang.

Malah, Cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya  di bumi Mesir juga mengamalkan lidah buaya untuk kekal menawan dan jelita.

 

Khasiat Daun Lidah Buaya

 

Berikut ini adalah beberapa khasiat daun lidah buaya yang perlu anda ketahui:

 

1. Berkesan bagi Mengatasi Masalah Kulit Berminyak

Daun Lidah buaya mengandungi asid salisilik yang bertindak sebagai ejen untuk menghalang penghasilan minyak secara berlebihan.

Jadi gunakan pelembap wajah yang mengandungi ekstrak lidah buaya untuk kulit wajah yang bebas masalah.

 

2. Merawat  Luka atau Bekas Luka

Daun lidah buaya membantu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit selepas kecederaan terutamanya berkaitan luka.

Ratakan lendir lidah buaya pada kawasan kulit yang bermasalah dan biarkan ia semalaman. Lalukan langkah ini selama beberapa hari dan lihatlah hasilny. Ia merawat parut sekaligus menjadikan kulit kamu kembali licin.

 

3. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Kajian yang telah dijalankan  menunjukkan, lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang membantu dalam meningkatkan keberkesanan diet serta potensi penurunan berat badan.

Namun ia harus diambil secara berterusan untuk kesan maksima tetapi anda harus ingat penurunan berat badan secara sihat tidak boleh dicapai dalam masa singkat, anda perlu konsisten dalam mengamalkan jus lidah buaya agar kamu dapat kecapi berat badan yang ideal.

TIPS : rasa asli lidah buaya agak pahit, untuk menikmati jus lidah buaya yang lebih enak, boleh dicampurkan sedikit madu dan lemon.

 

4. Membantu Mengurangkan Masalah Rambut Gugur

Vitamin A, C dan E yang terkandung dalam daun lidah buaya bukan sahaja baik untuk kulit wajah dan bagus untuk mengurangkan berat badan, malah ia juga berkesan untuk mengawal masalah keguguran rambut yang serius.

 

5. Masalah Kelemumur

Urutkan sedikit lendir lidah buaya (satu atau dua sudu) ke kawasan kulit kepala sebelum tidur. Ia berfungsi bagi melegakan gatal-gatal pada kulit kepala serta berkesan untuk menangani masalah rambut yang berkelemumur.

 

6. Anti Penuaan dan Melembapkan Kulit

Mempunyai kandungan air yang tinggi, lidah buaya berupaya menghapus sel kulit mati, melembapkan kulit dari dalam, serta membuatkan kulit menjadi lebih kenyal. Jika anda selalu merungut kerana kulit kering, sapukan sahaja gel kulit buaya dan lihat perbezaannya.

 

7. Menangani Jerawat

Kandungan giberelin dan auxins dalam lidah buaya boleh mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit.

 

8. Membantu Menyembuhkan Masalah Kulit

Sifat anti-alergi pada lidah buaya sangat efektif dalam menyembuhkan semua jenis masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan, benjolan, psoriasis dan sebagainya.

 

9. Mencerahkan Kulit

Amalkan rutin menyapu gel lidah buaya pada kulit wajah, ia dapat membuang sel kulit mati dan menambah sel kulit baru sekaligus mencerahkan warna kulit.

 

10. Mengurangkan Kesan Regangan Pada Kulit

Kesan regangan pada kulit terjadi atas beberapa sebab seperti kehamilan, penuaan atau pengurangan berat badan.  Kesan tersebut pasti memberi rasa tidak selesa terutamanya bagi wanita.  Jangan risau, sapu sahaja lidah buaya pada kawasan kulit yang teregang secara konsisten. Lama-kelamaan kesan tersebut akan hilang.

 

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More