Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Khasiat Kacang Bendi

Kacang bendi atau bendi merupakan sejenis sayur-sayuran yang sering digunakan untuk menjadi bahan masakan.  Selain itu, kajian mendapati ia juga baik untuk kesihatan anda.

Bendi mengandungi sumber folat dan serat, vitamin C, B6, tiamin, magnesium dan kalium. Ia adalah antara sayur yang rendah lemak dan kalori.

 

Khasiat Bendi

 

  • Menyerap Kolesterol

Kolesterol adalah antara yang menjadi penyebab kepada obesiti dan penyakit jantung.

Bendi boleh membantu memastikan penyerapan yang lebih rendah kolesterol, mencegah penyakit jantung dan penyakit yang berlaku disebabkan oleh kolesterol dalam darah.

 

  • Membantu Proses Pencernaan dan Penghadaman

Kandungan serat pada bendi adalah tinggi, ia sangat baik untuk sistem pencernaan.  Kaya dengan gentian yang membantu proses pencernaan di dalam badan dengan membantu pergerakan usus yang betul.

Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan, sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

Ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

 

  • Mencegah Diabetes

Air rendaman bendi dikatakan mampu membantu dalam pencegahan penyakit kencing manis atau diabetes. Ia membantu menyahkan toksik dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.

 

  • Mencegah Obesiti

Dengan mengamalkan memakan bendi sama ada mentah atau dimasak, anda boleh mencegah obesiti.  Obesiti tidak semestinya disebabkan oleh pengambilan makanan lemak dan kalori tetapi juga disebabkan oleh kekurangan nutrien.

 

  • Kehamilan

Kandungan folate di dalam bendi mampu mengurangkan risiko kecacatan tiub neural bayi yang baru dilahirkan.  Ia juga amat disyorkan untuk wanita hamil bagi memudahkan proses bersalin.

 

  • Vitamin K

Bendi mengandungi vitamin K yang sangat tinggi, 53 mcg iaitu 44% kadar saranan harian harian bagi setiap 100 g.
Vitamin K adalah komponen utama dalam proses pembekuan darah dan juga memainkan peranan penting dalam menguatkan tulang.

 

  • Merawat Asma

Penghidap asma amat disyorkan untuk mengamalkan makan bendi.  Ia boleh dirawat dengan menambahkan bendi dalam makanan anda.

 

  • Sembelit

Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit, terutamanya di kalangan warga tua.  Ia memudahkan penyerapan air dan membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

 

  • Kanser Usus

Mengamalkan makan bendi dipercayai boleh mencegah kanser usus dan penyakit yang berkaitan usus.

 

  • Bagus untuk Otak

Dikatakan bagus untuk perkembangan otak, ia menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.

 

  • Kecantikan Kulit

Bendi baik untuk kulit.  Ia mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan).

Lendir bendi boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.

 

  • Khasiat Lain

Dalam perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi yang direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mencuci hati, mengurangkan bengkak atau radang, mengubati penyakit kornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.  Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat untuk merawat sakit kerongkong.

 

TIPS TAMBAHAN : Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.

 

Bendi memang banyak khasiatnya. Mari amalkan demi kesihatan anda.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More