Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Khasiat Teh Hijau yang Perlu Kita Tahu

Tahukah anda banyak khasiat Teh Hijau yang patut kita ambil. Walaupun ianya bukan amalan dari orang Melayu, tetapi teh hijau ini semakin lama semakin diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Mari kita pelajari lebih lanjut mengenai teh hijau ini.

Sejarah

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis.   Ia berasal dari Negara China dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia.  Ramai yang percaya teh hijau memberikan banyak khasiat untuk badan kita. 

Satu kajian telah dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di Jepun yang mengamalkan minum teh hijau sekurang-kurangnya 5 cawan sehari, hasilnya ia menunjukkan jangka hayat mereka lebih panjang.

Ini membuktikan teh hijau melindungi tubuh mereka daripada serangan penyakit yang boleh membawa maut.  Teh hijau sangat digalakkan disertakan dalam diet pemakanan seharian kerana ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan bagi semua peringkat umur.

Isi Kandungan

Jom Minum dan Dapatkan Khasiat Teh Hijau 

  • Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit, tanda-tanda penuaan dan ia membantu melembabkan kulit. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.
  • Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
  • Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal digigit serangga, mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang terluka atau melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.  Teh hijau juga membantu mengekalkan kecergasan memori atau memperbaiki  fungsi otak.
  • Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus.  Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol.   Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu  meneutralkan radikal bebas.  Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser.
  • Teh hijau membantu mempercepatkan proses pembakaran kalori dan lemak dalam badan.dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.
  • Polifenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi dan bakteria penyebab bau busuk.
  • Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.  Teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk                       merawat.
  • Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Info Tambahan Khasiat Teh Hijau

Khasiat Teh Hijau yang Perlu Kita Tahu 1
Khasiat Teh Hijau

Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan.  Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.

Meskipun teh hijau memiliki banyak manfaat,  perlu diingati bahawa teh juga mengandung kafein.  Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung.  Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More