Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa itu jaundis? Klinik ‘Drive Thru’ Untuk Bayi Jaundis Mudahkan Ibu Bapa

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Beberapa jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

  • Fisiologi jaundis
  • Patologi jaundis
    • Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
    • Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
    • Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

Rawatan foto

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.


Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.

Pertukaran darah

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis yang teruk.

Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Dalam situasi wabak ini, masih ramai lagi yang memerlukan khidmat kesihatan dari hospital dan klinik kerajaan.

Antaranya yang sentiasa dipantau termasuklah ibu-ibu mengandung dan bayi baru lahir.

Menariknya, dalam sebuah posting oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham menunjukkan betapa inovatifnya staf KKM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah membuat pemeriksaan bayi jaundis secara drive-thru sahaja bagi mempercepat dan memudahkan urusan di samping membantu penjarakan sosial (social distancing).

Ulas Dr Noor Hisham lagi, Klinik Jaundis Drive-Thru ini bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan di klinik. Ia juga membantu mempercepatkan masa menunggu dan rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan proses ini.

Pada 29 Mac 2020, Dr Chua Bee Sim dan pasukan beliau dari Klinik Paediatrik HRPB telah menyaring 63 bayi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari memggunakan fasiliti di Klinik Kesihatan Greentown.

 

  

Ulas Dr Noor Hisham lagi, Klinik Jaundis Drive-Thru ini bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan di klinik. Ia jiga membantu mempercepatkan masa menunggu dan rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan proses ini.

Daripada jumlah tersebut, hanya 11 orang bayi memerlukan venesection manakala 3 orang bayi perlu ditahan bagi proses fototerapi.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, pasukan Paediatrik akan sentiasa cuba sedaya-upaya melancarkan proses ini dan meneruskan usaha menambahbaik perkhidmatan mereka walaupun setelah COVID-19 berakhir.

TERIMA KASIH WARGA KKM!

Kami sebagai rakyat Malaysia juga berasa kagum dan bangga dengan semua staf kesihatan atas perkhidmatan KKM yang berdedikasi, inovatif dan cemerlang.

Kalau buat begini, ibu ayah tentu rasa lebih selamat nak bawa bayi ke klinik untuk pemeriksaan kan? Bagusnya!

Tak hairanlah perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah antara yang paling baik di dunia.

Terima kasih KKM!

Pautan posting asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3168873389803194&id=578835322140360

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More