Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KWSP Amaun Pengeluaran Khas – Jom tengok kaedah pengiraan ini dan apa rasionalnya.

KWSP Amaun Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk memberi dan membantu rakyat dalam dalam meringankan bebanan kita pandemik sekarang. Adalah tugas kita untuk merancang perbelanjaan serta simpanan kita dalan hidup kita seharian. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka, anda boleh merujuk pengumuman berkenaan Pengeluaran Khas KWSP RM10K- Cara dan syarat-syarat permohonan untuk lebih lanjut. Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.

Isi Kandungan

KWSP Amaun Pengeluaran Khas

Untuk pengetahuan semua, bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.  Akan tetapi, kita disarankan untuk mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM150 dalam akaun kita, KWSP mengumumkan , setiap ahli perlu menggantikan semua semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%. Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Ini bertujuan memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.  Anda boleh merujuk contoh pengiraan dan ilustrasi amaun penggantian seperti berikut :

Contoh Pengeluaran

 Jumlah Pengiraan

  • Amaun Pengeluaran 
  • 20% daripada amaun pengeluaran:Amaun penggantian semula
  • RM10,000
  • 20% x RM10,000 : RM2,000RM10,000+ RM2000 RM12,000
KWSP Amaun Pengeluaran Khas

Ini bermakna, Ahli yang buat pengeluaran RM10,000 perlu ganti semula pengeluaran tersebut sebanyak RM12,000. Jika jumlah pengeluaran rendah daripada tersebut, anda boleh buat pengiraan sendiri dengan menggunakan formula berikut:

  • Amaun Pengeluaran Khas x 20% = Amaun Penggantian Semula

Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan. Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Kaedah Penggantian Amaun

Ini bermaksud, caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan. Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Dalam pada intu, tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.

Ini bertujuan memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan. Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak perlu ragu-ragu dengan pengeluaran khas KWSP.

KWSP Amaun Pengeluaran Khas – amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,00
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses

Nota : Sila rujuk artikel berkenaan dengan Pengeluaran Khas KWSP RM10K- Cara dan syarat-syarat permohonanuntuk maklumat lanjut.

Soalan Lazim KWSP Amaun Pengeluaran Khas

KWSP Amaun Pengeluaran Khas - Jom tengok kaedah pengiraan ini dan apa rasionalnya. 1
KWSP Amaun Pengeluaran Khas

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas?

Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:

  1. Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan
  2. Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.

Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan KWSP Amaun Pengeluaran Khas:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More