Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengeluaran Khas KWSP RM10K- Cara dan syarat-syarat permohonan

Pengeluaran Khas KWSP RM10K telah diumumkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini. Ini susulan kepada pengumuman bahawa Pihak Kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam satu sidang media khas sebelum ini.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10K

Isi Kandungan

Pengeluaran Khas KWSP Diumumkan

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa pihak Kerajaan Malaysia telah bersepakat untuk membenarkan pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran khas KWSP bagi mereka yang terkesan dengan pandemik. Perkara ini telah disiarkan di saluran televisyen dan media massa dalam satu sidang media khas pada 16 Mac 2022.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10K

Lanjutan daripada pengumuman tersebut, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan satu lagi program pengeluaran khas bagi ahli-ahli yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Ini adalah merupakan pengeluaran khas KWSP yang keempat selepas tiga program sama yang telah diluluskan sejak tahun 2020.

Program i-Lestari dan i-Sinar yang terlaksana pada tahun 2020, disusuli dengan program i-Citra pada tahun 2021 adalah tepat pada masa bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli pencarum KWSP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti dengan kelembapan ekonomi negara. Pengeluaran khas ini dilihat dapat membantu ahli-ahli KWSP yang kebanyakannya dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP

Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10K
Sumber Laman Rasmi Facebook KWSP

Setakat maklumat yang terkini daripada pihak KWSP, pengeluaran khas ini adalah layak untuk semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun.

Sebarang pertambahan maklumat Syarat Pengeluaran Khas KWSP ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kadar Had Pengeluaran Khas KWSP

Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10K
Sumber Laman Rasmi Facebook KWSP

KWSP telah mengumumkan bahawa:

  • Had minimum pengeluaran adalah RM50
  • Had maksimum pengeluaran adalah RM10,000

Nota: Ahli perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

Cara Permohonan

1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
(dibuka 1 April 2022)
2. Klik Mohon Sekarang.
3. Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.
4. Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
5. Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.
6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
7. Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.
8. Klik Teruskan.
9. Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.
10. Tekan Hantar. Selesai

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bagi permohonan pengeluaran khas KWSP 2022 ini akan dibuat bermula 20 April 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kaedah permohonan pengeluaran dan juga mekanisme pembayaran akan dikemaskini oleh pihak KWSP dengan kadar segera.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More