Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KWSP i-Akaun Login: Cara Daftar Sebagai Ahli 2024

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai kwsp i-akaun login untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Daftar Sebagai Ahli KWSP

Simpanan KWSP memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan anda dengan memastikan pendekatan yang sistematik dalam membina dana persaraan selepas menamatkan perkhidmatan.

Mendaftar sebagai Ahli dan mencarum secara konsisten ke akaun simpanan merupakan langkah terbaik untuk mencapai masa hadapan yang sejahtera.

KWSP komited untuk meningkatkan simpanan persaraan Ahli-Ahli dan akan terus berusaha menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk membantu anda menuju persaraan yang diimpikan.

KWSP i-Akaun Login: Cara Daftar Sebagai Ahli 2024 1
KWSP i-Akaun Login

Siapa Yang Boleh Mencarum?

Individu yang bekerja, pemilik perniagaan dan individu bekerja sendiri boleh memilih untuk mencarum berdasarkan keperluan mereka.

Sebagai Ahli, anda bukan sahaja layak menikmati dividen tahunan bagi simpanan persaraan anda, tetapi terdapat banyak kemudahan dan pilihan pengeluaran serta faedah yang diperolehi apabila menjadi Ahli KWSP.

Ahli KWSP adalah daripada

  • Pekerja Sektor Swasta.
  • Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam.
  • Pencarum Sukarela.
Individu Yang Wajib Mencarum​​​​​​Adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan yang perihalnya tidak dimasukkan di dalam Jadual Pertama, Seksyen 2, Akta KWSP 1991.
Individu Yang Tidak Diwajibkan Mencarum1. Orang Asli Nomad melainkan jika dalam mana-mana hal tertentu Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli mengesyorkan selainnya.
2. Orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273], KECUALI apabila diambil bekerja:
– Oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta ini;
– Oleh mana-mana pertubuhan yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan atau pertubuhan-pertubuhan koperasi;
– Dalam mana-mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan Pelesenan Tred bagi Negeri Sabah [Sabah Bab 144], Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Tred bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 33], atau Ordinan Nama-Nama Perniagaan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 64], mengikut mana yang berkenaan; atau
– Oleh mana-mana perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
3. Pekerja luar (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273]).
4. Individu yang ditahan di mana-mana penjara, Sekolah Henry Gurney, tempat tahanan, hospital mental dan Pusat Pemulihan yang mempunyai erti yang sama dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atau penempatan penyakit kusta.
5. Anggota Pentadbiran Kerajaan (Rujuk Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan).
6. Individu yang diambil bekerja dan negara domisilnya adalah di luar Malaysia (warganegara asing) yang tidak memilih untuk mencarum.
7. Pekerja yang telah mencapai umur 75 tahun.
KWSP i-Akaun Login

Apakah Caruman Mereka?

Caruman-caruman Ahli KWSP yang diwajibkan adalah seperti ketetapan berikut:

  • 11% caruman wajib daripada Pekerja.
  • Bagi Pekerja berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah, 13% caruman wajib oleh Majikan.
  • Bagi pekerja berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke atas, 12% caruman wajib oleh Majikan.

Cara Menjadi Ahli KWSP

Terdapat pelbagai saluran untuk mendaftar sebagai Ahli KWSP. Antaranya adalah seperti berikut:

Aplikasi KWSP i-AkaunAnda boleh mendaftar sebagai Ahli secara dalam talian melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
Hanya dengan pengesahan MyKad / MyPR dan beberapa langkah mudah.
Pendaftaran AutomatikBagi warganegara Malaysia yang memegang MyKad dan pemastautin tetap Malaysia yang memegang MyPR , apabila KWSP menerima caruman pertama, anda akan menjadi Ahli KWSP secara automatik.
Pendaftaran ini dibuat dibuat berdasarkan nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A).
Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
i-Akaun MajikanMajikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai Ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan).
Anda akan menerima notis berserta nombor Ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.
Self Service Terminal (SST)Anda boleh mendaftar sebagai Ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai SST hanya dengan menggunakan MyKad.
Anda akan menerima notis berserta nombor Ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.
Pejabat KWSPHanya dengan menggunakan MyKad, anda boleh mendaftar sebagai Ahli di mana-mana Pejabat KWSP.
Anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar) sekiranya pengesahan MyKad gagal atau anda bukan warganegara Malaysia.
Jika bukan warganegara Malaysia, anda perlu mengisi Borang KWSP 3 (Daftar) dan Notis Pilihan Mencarum 16 (B).
Anda akan menerima notis berserta nombor Ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.
KWSP i-Akaun Login

KWSP i-Akaun Login

KWSP telah memudahkan akses kepada akaun dan maklumat simpanan KWSP Ahli melalui i-Akaun (Ahli), di mana Ahli boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah dan cepat.

Langkah mudah untuk mendaftar dan mengaktifkan KWSP i-Akaun Login adalah seperti berikut:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-Akaun.
  2. Layari www.kwsp.gov.my Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli).
  3. Muat turun aplikasi mobil i-Akaun di Google play, App Store atau AppGallery.
  4. Masukkan nombor Ahli KWSP dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun anda.
  5. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Anda boleh mengimbas kod QR pada skrin atau tekan link pada pautan berikut untuk muat turun aplikasi KWSP i-Akaun.

>>>Log Masuk ke KWSP i-Akaun Login Disini<<<

Anda boleh log masuk ke i-Akaun (Ahli) menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang anda telah tetapkan.

KWSP i-Akaun Login: Cara Daftar Sebagai Ahli 2024 2
KWSP i-Akaun Login

Kelebihan Mempunyai KWSP i-Akaun Login

Dengan adanya i-Akaun, Ahli boleh

  • Mengemaskini profil peribadi bila-bila masa sahaja.
  • Menyemak kelayakan pengeluaran pada bila-bila masa sahaja.
  • Menyemak baki simpanan.
  • Menyemak penyata KWSP.
  • Menyemak rekod caruman dengan mudah dan cepat.
KWSP i-Akaun Login: Cara Daftar Sebagai Ahli 2024 3
KWSP i-Akaun Login

Manfaat Mencarum Di KWSP

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh Kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional.

Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Semoga perkongsian KWSP i-Akaun Login ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More