Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023/2024

Berikut dikongsikan mengenai dividen KWSP bagi tahun 2023/2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Mengenai Dividen KWSP

Tahukah anda bahawa di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Justeru, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum sebanyak itu.

Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

Kadar Dividen Tahun Sebelum

Beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan dividen bagi 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021, namun kekal kompetitif berdasarkan situasi pasaran pelaburan amat mencabar tahun lalu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus, kadar yang lebih baik berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2022.

KWSP mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 Bilion dan 4.75 % untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 Bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2022 sebanyak RM51.14 Bilion.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023/2024 1
Dividen KWSP
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023/2024 2
Dividen KWSP

Jangkaan Dividen KWSP Bagi Tahun 2023

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata jangkaan positif dalam pengagihan kadar dividen yang lebih baik bagi tahun 2023 adalah berdasarkan prestasi suku tahun semasa KWSP.

“KWSP memiliki skala ekonomi yang lebih mampan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM1.1 Trilion. Justeru, dana persaraan nasional ini mempunyai kelebihan dari segi pilihan pelaburan mahupun proses rundingan dengan pengurus dana luar.

“Namun, disebabkan saiz dana pelaburan yang besar, KWSP perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dari sudut ringgit, walaupun peratusan yang kecil. Misalnya, untuk setiap satu peratus dividen, KWSP dengan aset RM1.1 Trilion perlu membayar RM11 Bilion dan ini cukup mencabar dalam situasi ekonomi semasa.

“KWSP dijangka memberikan pulangan dividen lebih baik dengan unjuran untuk 2023 adalah antara 5.5 hingga 6.5 peratus,” katanya kepada Berita Harian.

Aimi Zulhazmi berkata, selain laporan prestasi KWSP yang baik untuk setiap suku tahun 2023, ekonomi Malaysia juga terus berkembang tahun lalu.

“Tambahan lagi, pergerakan pengurusan kanan KWSP berpindah dengan memegang portfolio yang lebih besar di Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri pada akhir tahun lalu juga memberikan petunjuk kecemerlangan pengurusan KWSP yang menarik perhatian pucuk pimpinan negara,” katanya.

Beliau menambah, antara cabaran besar KWSP adalah mengimbangi pelaburan dalam dan luar negara, terutama dalam menyokong syarikat tempatan dari aspek pelaburan modal dalam mengembangkan keuntungan dan memakmurkan negara.

“Indeks komposit Bursa Malaysia tidak menunjukkan peningkatan ketara. Indeks pernah melebihi 1,500 mata pada Januari 2022, namun untuk keseluruhan 2023, ia hanya berlegar pada aras 1,400 ke 1,450 mata. Ini disebabkan oleh faktor pasaran modal dunia yang terarah kepada Amerika Syarikat (AS) berikutan Rizab Persekutuan (Fed) yang terus menaikkan kadar faedah pada 2023. Justeru, ia mempengaruhi pengurus dana asing, terutama untuk mengubah portfolio pelaburannya dari Bursa Malaysia ke negara AS,” katanya.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP Bagi Tahun 2023

Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahun lepas berakhir Disember pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter. 

  • Bagi tahun 2022 yang lalu, KWSP telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2021 pada 2 Mac 2022.
  • Bagi tahun 2023 pula, dividen KWSP bagi tahun kewangan 2022 telah diumumkan pada 4 Mac 2023.

Oleh itu, jangkaan tarikh bagi pengumuman kadar dividen KWSP bagi tahun 2023 pula berkemungkinan adalah dalam lingkungan tarikh seperti itu juga, iaitu awal Mac 2024.

Cara Semakan Dividen KWSP

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan dividen secara online melalui i-Akaun KWSP.

Langkah 1Layari portal rasmi KWSP.
Langkah 2Pergi kepada ikon “Login”.
Langkah 3Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 4Klik “View Details” di bahagian menu “Dividend”.
Langkah 5Perincian Dividen akan dipaparkan.

Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More