Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Leptospirosis di Abad ke 21 Satu Penyakit Berbahaya

Isi Kandungan

Leptospirosis – Kencing Tikus

Walaupun leptospirosis ini boleh menjangkiti haiwan mamalia lain seperti kucing, lembu, anjing, dan khinzir tetapi di Malaysia, haiwan yang sering dikaitkan dengan penyakit leptospirosis ialah tikus.  Oleh sebab itu, penyakit leptospirosis lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus.

Punca penyakit kencing tikus

Leptospirosis
Leptospirosis

Bakteria Leptospira interrogans akan menjangkiti haiwan dan hidup di dalam buah pinggangnya.   Lalu dikeluarkan melalui air kencing haiwan tersebut yang kemudiannya mencemarkan tanah dan air di persekitaran.

Persekitaran yang kotor dan dipenuhi sampah (termasuklah longgokan sampah haram dan tidak teratur) biasa menarik perhatian haiwan vektor seperti tikus untuk membuat penempatan sekaligus menyebarkan bakteria terbabit.

Apabila manusia terdedah kepada air dan tanah yang tercemar menerusi luka terbuka atau mukosa hidung, mulut dan mata, mereka berpotensi dijangkiti penyakit tersebut.

Simptom yang sering terjadi 

  • Muntah
  • Loya
  • Cirit-birit
  • Sejuk kaki dan tangan
  • Demam yang tinggi
  • Sakit sakit badan
  • Batuk
  • Sakit kepala

Apakah kesan dan komplikasi yang boleh berlaku?

  • Kerosakan dan kegagalan buah pinggang
  • Kerosakan hati
  • Keradangan atau jangkitan pada selaput otak (Meningitis)
  • Jangkitan pada organ pankreas (Acute Pancreatitis)
  • Keradangan atau jangkitan pada otot jantung (Myocarditis). Ini boleh mengakibatkan denyutan jantung menjadi tidak normal dan boleh berhenti secara tiba-tiba.
  • Disseminated Intravascular Coagulopathy (DIVC) – sistem pembekuan darah akan mengalami masalah,  ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami risiko pendarahan yang tinggi.

Rawatan bagi mereka yang mengalami penyakit kencing tikus

Jika pesakit dalam keadaan stabil, rawatan yang diberi biasanya antibiotik sama ada dalam bentuk oral atau intravena (suntikan).  Antibiotik Doxycycline dan juga amoxycillin diberikan dengan tujuan untuk membunuh bakteria di dalam badan pesakit.

Secara umum pesakit tidak perlu dikuarantin. Hanya pesakit perlu menjaga kebersihan diri disebabkan bakteria itu akan dikeluarkan melalui air kencing.

Tetapi jika keadaan  pesakit itu tidak stabil seperti mempunyai tekanan darah yang rendah, mempunyai kerosakan hati atau buah pinggang, pesakit perlulah dirawat di hospital dan dipantau oleh pakar secara kerap dan rapi.

Antibiotik yang selalunya digunakan apabila pesakit masuk ke dalam wad adalah ceftriaxone.

Cara mengelakkan jangkitan ini berlaku?

Walaupun mempunyai rawatan bagi mengubati penyakit tersebut, pencegahan tetap alternatif yang jauh lebih baik.  Usaha yang boleh dilakukan termasuk:-

• Mengamalkan persekitaran yang bersih dan terjaga.

• Sampah diselenggara dengan lebih teratur.

• Buang sampah ke dalam tong yang bertutup.

• Asingkan sampah mengikut jenis iaitu kertas, kaca, aluminium, sampah umum dan lain-lain.

• Menyediakan tempat pelupusan sampah jauh dari komuniti manusia.

• Pertingkatkan penjagaan kebersihan diri iaitu tabiat membasuh tangan dan kaki selepas menguruskan sampah.

• Hindari sentuhan dengan haiwan terbiar seperti anjing, kucing dan sebagainya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More