Leukemia

Terdapat 2 jenis leukemia yang utama :-
- Acute Leukaemia – sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas
- Chronic Leukaemia – sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan
Isi Kandungan
#Gejala Leukemia
- Sistem imun terjejas
Pesakit mungkin akan lebih mudah dan kerap mengalami jangkitan penyakit seperti demam yang berpanjangan. Ini akan terjadi apabila sel darah putih yang sepatutnya melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit sudah tidak berfungsi dengan baik.
- Pembekuan darah yang sangat perlahan
Apabila sel darah putih sebagai agen pembekuan darah terpisah daripada platelet darah merah, maka pembekuan darah tidak dapat berlaku dengan sempurna. Contohnya, jika pesakit mengalami luka, luka tersebut akan lambat sembuh.
Pesakit juga mudah lebam dan mengalami bintik-bintik merah pada kulit.
- Penurunan berat badan
Penurunan berat badan disebabkan oleh pembengkakan hati (hepatomegaly) atau pembengkakan limpa (splenomegaly). Ia akan menjadikan pesakit mudah berasa kenyang walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan mengakibatkan penurunan berat badan yang ketara.
- Anemia –
Pesakit mungkin akan mengalami anemia, disebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Ia boleh membawa kepada kesukaran bernafas dan muka menjadi pucat.
- Sakit kepala –
Sakit kepala di kalangan pesakit leukemia mungkin disebabkan oleh sel-sel kanser telah menyerang sistem saraf pusat.
- Gejala lain –
Pesakit juga mungkin akan selalu mengalami loya, menggigil, berpeluh malam, selesema, sakit tulang dan sendi serta mudah letih.
#Penyebab Leukemia
- Faktor genetik – beberapa kajian mendapati jika seseorang individu itu mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap leukemia, maka dia juga berisiko tinggi untuk menghidapinya. Penggunaan ubat atau herba bersesuaian dapat mengurangi risiko tersebut.
- Jangkitan daripada ibu kepada janin – ibu yang menghidapi leukemia, kemungkinan besar janin yang dikandung itu juga akan menghidap leukemia, namun ia amat jarang berlaku.
- HIV – mereka yang mengidapi penyakit HIV berkemungkinan akan membina sel leukemia di dalam tubuh mereka kerana tubuh badan yang telah lemah melumpuhkan lagi sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit.
- Alkylating – Alkylating adalah agen kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser. Pesakit yang pernah menjalani rawatan kemoterapi sebelum ini, berisiko membina sel leukemia disebabkan dari kandungan alkylating yang tinggi.
- Pendedahan kepada bahan petrokimia atau benzin – pekerja sektor petroleum yang terdedah dengan bahan petrokimia dalam tempoh masa yang lama sangat berisiko membina sel leukemia pada tubuh mereka, Ujian saringan kesihatan digalakkan untuk dibuat dengan kerap.
- Pewarna rambut dan merokok – kajian mendapati ia menjadi salah satu punca utama kepada permasalahan leukemia.
- Sindrom down – Penyelidik mendapati mereka dengan sindrom down yang mempunyai kromosom yang tidak normal mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi mendapat penyakit ini.
sumber : MyHealth & Infokanser