Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KEDUDUKAN TAHI LALAT ADA MAKSUD TERSENDIRI

KEDUDUKAN TAHI LALAT : Peranan tahi lalat, sebenarnya dalam bidang forensik melihat ia sebagai tanda tubuh apabila membuat pengecaman individu seperti parut mahupun tanda lahir.

Ketua Jabatan Metalogi Universiti Malaya dan Pakar Perunding Kulit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Tan Leng Leng pula menerangkan tahi lalat berasal daripada sel pada pigmen kulit yang dipanggil melanosit.

KEDUDUKAN TAHI LALAT

KEDUDUKAN TAHI LALAT
KEDUDUKAN TAHI LALAT

“Sel pigmen kulit dipanggil melanosit ini biasanya menyebabkan warna hitam. Sel-sel ini akan berkumpul seolah-olah ber’sarang’ dan menjadi tahi lalat. Tahi lalat ini boleh berada di mana-mana bahagian tubuh termasuklah di kuku dan mukosa.

“Tahi lalat ini boleh tumbuh sejak lahir (kongenital) atau muncul kemudian. Uniknya tahi lalat pada setiap individu tidak sama, tidak semestinya berwarna hitam atau datang dalam saiz sekata.

“Tahi lalat pada tubuh individu terdapat pelbagai ciri berbeza daripada segi jenis bentuk seperti mendatar (flat) atau timbul, warna dan ada kalanya sesetengah tahi lalat mempunyai karakter unik seperti terdapat bentuk bingkai bulatan cincin berwarna putih di sekeliling titik hitam utama.

“Ada yang nampak normal dan ada juga kelihatan ganjil. Bagi rupa yang tidak normal atau ganjil ini biasanya saya akan sarankan mereka ini menjalani saringan,” katanya.

Tambah Dr Tan lagi, bagi kes tahi lalat tidak normal ini biasanya dikaitkan dengan gejala kanser kulit.

Sebenarnya pada individu berkulit cerah, mereka lebih cenderung memiliki lebih banyak tahi lalat berbanding individu berkulit gelap kerana aktiviti pigmentasi kulit lebih mudah berlaku. Malah sel kulit melanin mereka lebih nipis dan sensitif.

Setiap manusia pasti akan ada tahi lalat dibahagian-bahagian tertentu, tahukah anda setiap tahi lalat itu membawa maksudnya yang tersendiri?

KEDUDUKAN TAHI LALAT ADA MAKSUD TERSENDIRI 1
KEDUDUKAN TAHI LALAT

1. Tahi lalat di bawah kening

Menurut kepercayaan sesetengah individu mahupun masyarakat, mereka yang mempunyai tahi lalat di bawah kening, berkemungkinan merupakan seorang yang berbakat dalam bidang seni dan sukan.

2. Tahi lalat di bawah kelopak mata

Menurut kajian, peratusan individu yang memiliki tahi lalat di bawah kelopak mata amat tipis. Namun sesiapa yang memilikinya membawa maksud berlain berdasarkan kedudukannya.

Menurut seorang pakar, sekiranya tahi lalat tersebut berada di bawah kelopak mata kanan, anda mungkin memperoleh wang dan mudah menjadi seorang yang kaya. Namun, jika kedudukan tahi lalat ada di sebalah kiri pula, ia membawa maksud anda seorang yang sombong.

3. Tahi lalat pada hidung

KEDUDUKAN TAHI LALAT ADA MAKSUD TERSENDIRI 2
KEDUDUKAN TAHI LALAT ADA MAKSUD TERSENDIRI 4

Sesiapa yang ada tahi lalat di bahagian hidung dikatakan memberi makna bahawa dia seorang yang pandai menggoda dan merayu.

Menurut pengamal perubatan tradisional pula, individu yang mempunyai tahi lalat di hidung membawa maksud adalah dia seorang yang pemarah dan senang hilang kawalan.

4. Tahi lalat di pipi

Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa individu yang mempunyai tahi lalat di pipi adalah seseorang yang comel. Hal ini dikatakan sebegitu kerana wanita yang mempunyai tahi lalat di bahagian ini sentiasa menjadi tarikan kaum lelaki.

Selain itu, tahi lalat di bahagian pipi juga membawa maksud anda mempunyai kawan yang ramai meskipun anda adalah seorang pemalu.

5. Tahi lalat di bibir

Tahi lalat di bibir menggambarkan personaliti anda yang bijak, baik hati, peramah dan cepat mesra. Selain itu, ia turut dipercayai anda sangat disayangi dan disegani oleh orang sekeliling.

Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai tahi lalat di bahagian bibir ini juga dipercayai pandai berkata-kata manis dan tidak mudah menyerah kalah.

6. Tahi lalat di telinga

Bagi mereka yang mempunyai tahi lalat di telinga, ia merupakan petanda anda adalah seseorang yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga. Ini bermakna anda menganggap keluarga adalah kunci bagi kebahagiaan anda.

7.Tahi lalat di leher

Individu yang mempunyai tahi lalat di leher dikatakan mempunyai personaliti yang baik. Selain itu, anda juga mungkin seseorang yang kuat daya ingatan, suka membaca, sukakan cabaran dan juga rajin

sumber: harian metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More