Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Medical Card: Terdapat 5 Jenis Pakej & Tip Jimatkan Kos Rawatan

Pasti masih ada ramai lagi yang masih tidak faham berkaitan medical card, bukan? Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan apa yang sepatutnya anda perlu tahu.

Isi Kandungan

Apa Itu Medical Card?

Medical card atau kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful bagi melindungi kewangan anda sekiranya berlaku musibah yang memerlukan rawatan di hospital.

Medical Card: Terdapat 5 Jenis Pakej & Tip Jimatkan Kos Rawatan 1
Medical Card

Pakej Medical Card

Terdapat beberapa pakej medical card yang kebiasaanya terdapat di Malaysia antaranya adalah

  • Pakej untuk individu sahaja.
  • Pakej untuk keluarga.
  • Pakej suami isteri.
  • Pakej ibu dan anak sahaja.
  • Pakej bapa dan anak sahaja.

Seterusnya, kami kongsikan juga cadangan syarikat yang menyediakan khidmat atau agen-agen takaful yang sah dan patuh syariah untuk rujukan anda, antaranya adalah

  1. Prudential BSN Takaful
  2. Takaful Malaysia
  3. Takaful Ikhlas
  4. Zurich Takaful
  5. AIA Public Takaful
  6. MediSavers Takaful
  7. Great Eastern Takaful
  8. HSBC Amanah Takaful
  9. AmMetLife Takaful
  10. HongLeong MSIG Takaful
  11. Sun Life Malaysia
  12. CIMB AVIVA

Apa Beza Co-Takaful & Co-Payment?

Selepas anda sudah memilih agen takaful pilihan anda, anda perlu mengetahui tentang perbezaaan jenis pembayaran tersebut pula.

Co-Takaful adalah peratusan yang perlu ditanggung sendiri oleh client setiap kali membuat tuntutan (claim). Contohnya, 10% daripada jumlah bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Kebiasaanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.

Co-Payment pula adalah peratusan yang perlu ditanggung daripada bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan apabila client menaik taraf bilik wad melebihi had bilik yang ditetapkan.

Justeru, client mestilah sentiasa teliti dengan terma dan syarat dalam medical card sama ada ianya menawarkan pelan yang mempunyai co-payment atau tidak. Walaupun harganya nampak murah, tetapi berkemungkinan ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.

Kelebihan Mempunyai Medical Card

Secara umum kelebihannya adalah seperti berikut:

  1. Ada pampasan jika berlaku kemalangan.
  2. Ada HIBAH / pampasan kematian.
  3. Ada manfaat berganda jika disahkan mempunyai penyakit kronik seperti kanser / sakit jantung / kegagalan buah pinggang (bergantung pada agen takaful).
  4. Ada pampasan jika mempunyai penyakit kritikal.
  5. Tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di private hospital.
  6. Boleh mendapatkan penginapan dan rawatan yang selesa seperti di hotel 5 bintang.
  7. Tidak perlu risau tentang kos rawatan walaupun jumlah mencecah ratus ribuan.
  8. Pasti akan menerima rawatan yang terbaik.

Kebanyakkan agen takaful mempunyai 2 jenis plan medical card iaitu

  1. Plan Stand Alone – merujuk kepada produk medical card yang semata-mata medical card.
  2. Plan Rider – merujuk kepada produk medical card yang dilanggan bersama produk asas sama ada investment link atau produk tradisional.

Jadi, apa perbezaannya? Jom lihat kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis plan tersebut.

Jenis Medical CardKelebihanKekurangan
Stand Alone– Lebih murah
– Lebih fleksibel
– Tiada nilai tunai
– Tidak boleh ditambah manfaat
Rider– Boleh tambah manfaat
– Ada nilai tunai
– Harga lebih tinggi
– Perlu melanggan polisi asas
Medical Card

Cara Guna Medical Card

Step by step atau langkah-langkah yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Jika anda merasa tidak sihat seperti demam atau sakit apa-apa sahaja (bergantung kepada senarai penyakit yang boleh membuat tuntutan oleh agen takaful).

Langkah 2: Anda boleh terus pergi ke klinik berdekatan rumah anda untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Langkah 3: Doktor akan membuat cadangan sama ada anda perlu admit ke hospital atau tidak.

Langkah 4: Sekiranya anda perlu admit, anda perlu ke bahagian kecemasan hospital pakar untuk pre-admit.

Langkah 5: Apabila Guarantee Letter (GL) adalah surat jaminan dikeluarkan, barulah anda boleh menerima rawatan.

Tip Penjimatan Dalam Kos Perubatan

Pasti ramai yang memerlukan tip penjimatan dalam kos perubatan dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin meninggi ini, bukan? Jom kami kongsikan sedikit tip atau apa yang anda perlu buat.

  1. Dapatkan insuran perubatan terbaik yang dapat menampung kos perubatan hospital yang mahal.
  2. Penjimatan ke atas premium dengan memilih pakej yang tepat.
  3. Dapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada doktor untuk diskaun dan ubat-ubatan genetik.
  4. Pastikan bil disemak dengan teliti dan terperinci bagi mengelakkan daripada dikenakan bayaran yang tidak sepatutnya.
  5. Nikmatilah inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan.
  6. Memohon penggunaan kad kredit yang menyediakan faedah perubatan. Anda boleh menikmati penjimatan sebanyak 10% hingga 20% setiap kos rawatan dengan memiliki kad kredit yang ditawarkan.

Semoga bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More