Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BAGAIMANA MENGAJAR ANAK-ANAK DENGAN LEBIH TENANG

“Arghh..bestnya kalau sekolah dah buka. Tak payah dah pening-pening nak kena tengok pelajaran anak ni sorang-sorang tiap hari.”

“Dahlah kena WFH..mana nak tengok kerja lagi, bereskan rumah, ni kena tengok tugasan yang cikgu bagi pulak. Yang anak-anak pun…semua harap kat kita. Aduhh.. stress la gini.”

Ramai rupanya mama mama yang dalam situasi begini ye.

Emm. .benar..ia sungguh tidak mudah. Tapi, mahukah sayang Ibu kongsikan solusinya. Nak tak?

Meh…baca apa yang Ibu kongsikan seterusnya.

Hari ni, Ibu nak kongsikan apakah perkara yang boleh dilakukan agar tenang dalam mengajar anak-anak di rumah. Alhamdulillah.. Allah panjangkan lagi usia Ibu, dapat memberi dan berkongsi ilmu dengan kalian lagi.❤️❤️
Baik, kita teruskan ya.

Ada 4 perkara utama yang boleh dilakukan untuk didik anak-anak, iaitu :

1. STATE

Mudah ceritanya, adalah betulkan keadaan diri (state).

Bagaimana?
.
Dengan tenangkan diri dulu. Carnya adalah dengan ‘Connect’ diri dengan Allah.
.
Bila kita connect dengan Allah, kita dah tak risau tidak menentu mengenai masa hadapan anak-anak kita. Walaupun anak-anak kita mungkin payah untuk faham apa yang sedang diajar dan dipelajari, kita tidaklah menjadi cepat panik dan risau anak kita itu gelap masa hadapannya. Selalu ibu bapa menjadi panik tidak menentu kerana anak struggle untuk memahami sesuatu pelajaran. Risau apalah nanti nasib anak itu lantaran perkara itu.
.
Bila kita ingat kepada Allah, kita akan mempunyai satu perasaan tenang bahawa Allah memelihara anak-anak kita.Ini menjadikan kita lebih tenang. Lantaran itu menjadi lebih mudah mengajar anak-anak kita bila kerisauan tidak menentu ini hilang.
.
Oleh itu kita mula memohon agar Allah membantu kita.

” Ya Allah, aku tak tahu bagaimana nak mengajar anak-anak aku ni, kecuali apa yang Kau berikan dan ilhamkan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Berilah daku ilmu dan kemahiran yang sepatutnya aku ada agar dapat mendidik anak-anakku dalam suasana sekarang.”

Selalulah minta dan bermunajat padaNya. Akui kelemahan diri, dan berharap sungguh-subngguh padaNya. InsyaAllah, Allah PASTI akan bantu.
.
Bagaimana cara Allah bantu?
.
MasyaAllah.
PELBAGAI.
Pelbagai cara.
Pelbagai medium.
Pelbagai media.
.
Boleh jadi dari perkongsian ilmu di social media, dapat memberi jawapan dan ilham atau skill pada anda.

Boleh jadi dari siaran radio yang kena pada persoalan.
.
Boleh jadi melalui kursus yang diikuti.
.
Allah ada 1001 cara untuk membantu, asal saja kita ‘connect’ dan minta dariNya.
.
Mintalah dari Allah agar potensi diri mengajar DIKELUARKAN dan dapat membantu anak-anak yang anda kasihi.
.
Percayalah, yang anda punya potensi diri yang hebat. Tinggal lagi, ia mungkin belum terserlah. Yakinlah, anda adalah ibu bapa yang terbaik pada anak-anak anda.
.
Anda ibu bapa yang berdaya.
Anda ibu bapa yang teguh hadapi cabaran.
Anda ibu bapa yang pengasih dan tegas.
.
Apa yang anda rasa, anak juga rasai.
.
So, ibu bapa wajib bijak mengawal apa yang dirasai, apa yang berada dalam fikiran.
.
Jika ibu bapa tenang, anak akan tenang.
Jika ibu bapa stress, anak juga akan begitu.
.
Malah, Allah bersama sangkaan hambaNya.
.
Sebab tu sangattt penting mengawal apa yang anda rasa.
.
State yang tenang, InsyaAllah akan datang bersamanya solusi. InsyaAllah, anda akan lebih mudah mengawal keadaan.
.
Andai anda rasa takut, anak juga rasa begitu.
Andai anda rasa stress, anak juga akan rasa begitu.
.
So, ‘connect’ lah dengan Allah. InsyaAllah hati jadi tenang, dan SOLUSI akan mudah menghampiri anda.
.
2. TINGKATKAN KOMPETENSI MENGAJAR

anak-anak

Dalam kompetensi, ada 3 perkara yang sangat perlu dikuasai, iaitu :
i. Sikap : Mindset yang betul tentang mendidik anak, tentang anak tu sendiri, dan diri sendiri

ii. Skill yang relevan dalam mendidik seperti skil mengajar, skil komunikasi, skil Coaching dan skil memimpin.

iii. Skil membina pertalian yang baik dengan anak-anak. Bila ada hubungan yang baik dengan anak, maka sesi pembelajaran akan jadi lebih mudah.
.
Di sini juga, skil coaching sangat perlu. Seperti mana coach bola sepak yang bukanlah dia pemain terhebat dapat anugerah pemain terbaik contohnya, namun dia ada kemahiran strategi yang boleh membantu pasukan. Maka parents sangat perlu skilini, yang akan sangat membantu anak, mendorong anak. Ibu bapa bukanlah GURU pelajaran itu, tetapi COACH yang menunjukkan cara yang betul bagaimana untuk belajar.
.
iii) Ilmu
Untuk bijak memimpin atau coach anak-anak dalam belajar, bacalah sedikit sebanyak apa yang sedang anak-anak pelajari. Sayang tidaklah sampai pelu menjadi subject-mattet-expert. Namun, sayang ada garis panduan mengenai topik yang diajar itu.
.
Jika ini adalah payah untuk sayang, maka belajarlah bagaimana untuk bertanya soalan dan kuiz untuk anak-anak bijak mencari jawapan dari soalan-soalan yang anda tanya.
.
.
MasyaAllah, terpanjang pula walau baru ada 2 point. Masih ada 2 point penting yang Ibu belum kongsikan iaitu :

3. CIPTA SUASANA BELAJAR YANG SERONOK
Suasana yang merangsang pembelajaran adalah sangat penting, supaya pembelajaran akan menjadi mudah dan menyeronokkan.
.
Tips cipta suasana belajar yang seronok :
.
i. Setiap hari sebelum tidur, selalu sebut :
“Seronok tentu seronok belajar”,
“Bestlah belajar” dan lepas tu raikan dengan tepuk tangan.
“Tanya apa yang mereka nak buat esok masa belajar.”

ii. Suruh anak tutup mata, dan ajak dia bayangkan :
“Adik bayangkan, adik rasa happy sangat masa belajar, adik sangat fokus masa belajar, excited buat latihan dan aktiviti.” seumpama beginilah ayatnya.

iii. Ajak anak buat mind movie sebelum tidur iaitu perjalanan sepanjang hari esok. “Adik bayangkan, adik bangun dengan happy, rasa mudah bangun pagi, rasa semangat. Lepas tu, pergi mandi dan solat subuh berjemaah. Kita masak sama-sama….”teruskan bayangan tu, hinggalah selesai hari itu.

iv. Persediaan psikologi pula, boleh juga prepare diri dengan berpakaian seperti ke sekolah seperti selalu kalau mahu. Ini juga untuk mendapatkan ‘state’ belajar itu.

v. Bagi anak yang kecil, mereka perlu nampak apa yang mereka dapat diakhir sesi, seperti dapat ‘star’. Sayang buat je jadual yang simple dan bila dia selesaikan satu tugasan, suruh dia tanda star pada jadual yang ada nama dia tu. Haaa..lihatlah betapa semangat dia untuk task seterusnya.

vi. Boleh ajak anak lukiskan poster bertajuk :
“Saya suka belajar”. Dan letakkan di dinding, untuk menghias tempat belajar.
Ini disebut suggestologi..cadangan kepada minda yang “saya suka belajar”.
.
Apa yang Ibu kongsikan bagi point i) hingga -vi) adalah lebih kepada membina suasana positif itu pada unconscious mind atau subconscious mind. Ia juga dipanggil forward thinking. Iaitu menanam dalam diri anak-anak dengan mindset dan state yang tepat tentang belajar.
.
❤️❤️TEMPOH MASA yang sesuai juga perlu diperhatikan ye. Bolehlah beri anak tugasan dalam 20 – 30minit untuk anak-anak sekolah rendah dan rehat dalam 5 minit. Rehat boleh diberi untuk minum air atau buat exercise fizikal. Just be creative. Tempoh masa ni semua bergantung pada umur anak. Lagi kecil umur, lagi pendek daya fokusnya. Tapi ia tidak bermaksud anak tidak belajar dan faham dalam masa yang pendek itu.
.
4. SELF-DIRECTED LEARNING.
.
Masa anak-anak dalam aktiviti SELF- DIRECTED LEARNING, anda bolehlah lakukan tugasan WFH. Lakukan dengan pantas dan berkualiti. InsyaAllah, masa ni anak-anak tidak akan mengganggu.
.
Haa…bestkan kalau anak tu suka belajar, dan bila nak tau dia akan kaji sendiri, buat research sendiri. Actually, parents boleh latih perkara ni pada anak-anak. Kadang-kadang mereka akan sangat kusyuk melakukan aktiviti itu sehingga boleh asyik dengnnya berjam-jam. JANGAN PASANG TV atau bagi guna phone pada masa itu.
.
Caranya, mungkin anda boleh sediakan satu ruang atau bilik khas pada anak-anak ni. Boleh disebut ‘creative idea room’ / ‘creative idea area’.
.
Sekiranya anda hendak menggunakan TV, anda perlu memilih apakah rancangan di Youtube yang anda mahu anak-anak tonton. Banyak rancangan science, English di youtube.
.
Anda boleh beritahu anak-anak, begini:-

“Anak-anak boleh tengok Youtube ni untuk 20minit. Lepas tu boleh keluarkan idea masing-masing pasal video ni. Nanti along akan lead untuk kuiz sama-sama. So, prepare 5-10 soalan setiap orang.”
.
Jadi, sepanjang tonton video tu anak-anak ni akan jadi lebih fokus, sebab mereka tau apa yang perlu dilakukan, bukan sekadar tonton, tapi ada tugasan.
.
Boleh juga prepare project yang sesuai juga untuk anak-anak buat dan selepas selesai, bolehlah buat kuiz.
.
Aktiviti sebegini sangat menarik, sebab ia akan membuatkan anak-anak berfikir lebih kreatif dan membentuk sahsiah anak-anak. InsyaAllah.
.
Banyak dah yang Ibu share dari tadi.

Anda adalah COACH dan bukanlah GURU PELAJARAN itu. Tapi jika anda boleh lakukan kedua-duanya, maka itu adalah yang terbaik.
.
Nasihat Ibu, jadikanlah pembelajaran sebagai sesi yang menyeronokkan dan bawalah ia kepada Allah. ‘Link’ dan ‘connect’ segala yang anak lihat atau pelajari kepada keEsaan Allah swt.
.
Semoga perkongsian Ibu pagi ini memberi manfaat buat anda semua. Apa yang anda pelajari dari posting ini? Boleh kongsi sikit di ruangan komen?
.
Salam kasih,
Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)

KREDIT : ibu rose

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More