Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Migrain- Jenis-Jenis, Gejala Dan Rawatan

Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.

Ciri-ciri penyakit ini adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.

migrain

Penyakit ini juga boleh menyebabkan gejala berikut:

  • Pening,
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Isi Kandungan

Bagaimana Berlaku

Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Penyakit ini boleh berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.

Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

migrain

Beberapa perkara yang mencetuskan serangan penyakit ini adalah:

  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok

Jenis-Jenis Penyakit Migrain

Dua jenis utama Migrain ialah Klasik (Classic) dan Biasa (Common ).

Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.

Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.

Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migraine jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.

Rawatan

Penyakit ini boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda.
Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal penyakit ini.

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Migrain- Jenis-Jenis, Gejala Dan Rawatan akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout,Penyakit batu Karang,Kanser Perut Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More