Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Moeis: Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia 2023

Sudah semestinya masih ramai lagi ibu bapa khususnya yang tidak mengetahui tentang sistem Moeis KPM.

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan perkara ini untuk makluman dan rujukan ibu bapa, pelajar dan guru-guru di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Moeis?

Sistem bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikenali sebagai MOEIS adalah meliputi pembangunan semula sistem bersepadu yang merangkumi

  • sistem pengurusan murid (dikenali sebagai APDM);
  • sistem pengurusan guru (dikenali sebagai e-operasi);
  • sistem pengurusan institusi pendidikan (dikenali sebagai emis); dan
  • sistem pengurusan pentaksiran (Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM – SPPB).

Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) akan menjadi laman utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna KPM termasuk

  • kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta;
  • pelajar;
  • ibu bapa atau penjaga;
  • pendidik atau guru;
  • pengusaha institusi; dan
  • orang awam.
Moeis: Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 1
Moeis

Modul Moeis

Terdapat 6 modul utama yang terdapat dalam sistem bersepadu KPM ini, antaranya adalah seperti jadual dibawah.

Untuk makluman semua pengguna, susunan modul di dalam sistem ini adalah mengikut keutamaan.

Jenis ModulInfo Lanjut
Modul Pengurusan Institusi1. Pengurusan Kelas.
2. Pengurusan Mata Pelajaran.
3. Pengurusan Kokurikulum.
4. Pengurusan Takwim.
Modul Pengurusan Pentaksiran1. Pentaksiran Prasekolah.
2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
3. Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PBDMBPK).
4. Peperiksaan Dalaman Sekolah (Pertengahan, Percubaan Dan Akhir Tahun).
5. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK).
6. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Dan BMI 5-9T.
7. Pentaksiran Psikometrik.
8. Pentaksiran Jawi, Al-Quran, Arab, Fardu Ain (j-QAF).
9. Pentaksiran Kemahiran Al-Quran (KKQ).
10. Pentaksiran Perkara Asas Fardu Ain (PAFA).
11. Pentaksiran e-HAFAZAN.
12. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Berasaskan Projek.
13. Pentaksiran Pemulihan Khas.
Modul Pengurusan Murid1. Profil Murid.
2. Kehadiran Murid.
3. Sahsiah.
Modul Pengurusan Guru1. Rekod Peribadi.
2. Rekod Perkhidmatan.
3. Rekod Kokurikulum.
4. Rekod Keluarga.
5. Rekod Sukan.
6. Rekod Subjek Ajar.
7. Rekod Elaun.
8. Rekod Akademik.
Modul Pengurusan Awam1. Pengurusan Profil.
2. Pengurusan Permohonan.
Jadual Waktu
Moeis

Akses Kepada Sistem Bersepadu KPM

Pelaksanaan Beta Version MOEIS adalah bermula pada 4 November 2022 berdasarkan surat BPM, KPM.100-15/2/198 (40) bertarikh 19 Oktober 2022.

Setiap warga KPM dikehendaki mempunyai ID pengguna secara individu dan berkongsi ID adalah tidak dibenarkan.

Cara Pendaftaran Pengguna idMe

Untuk pengguna baharu yang belum mempunyai akaun atau untuk membuat pendaftaran kali pertama pengguna idMe boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://idme.moe.gov.my/login.
  2. Klik Daftar Baru.
  3. Isikan semua maklumat di ruangan paparan daftar pengguna yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.
  5. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.
  6. Pengguna perlu membuat pengaktifan ID Pengguna dengan menyemak e-mel untuk mendapatkan kata laluan sementara.
  7. Kemudian, pengguna boleh menukar semula kata laluan dengan mendaftar masuk ke dalam sistem.

Manakala, untuk pengguna yang sudah mempunyai akaun pengguna idMe, pengguna boleh terus mendaftar masuk ke dalam sistem seperti biasa dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan https://idme.moe.gov.my/login.
  2. Masukkan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan / Passport).
  3. Klik butang Daftar Masuk.
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di ruang yang disediakan.

Cara Menukar Kata Laluan Pengguna idMe

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik Lupa Kata Laluan.
  2. Seterusnya, masukkan alamat e-mel yang sah di ruang yang disediakan.
  3. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
  4. Pengguna akan mendapatkan e-mel untuk penetapan semula kata laluan.
  5. Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna”.
  6. Pengguna perlu masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
  7. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk teruskan proses.

Diharapkan perkongsian info berkaitan sistem bersepadu kpm (moeis) ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana terutama bagi ibu bapa, pelajar dan semua guru-guru KPM.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More