Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Arahan Pengisian Modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Arahan Pengisian Modul Sistem Bersepadu KPM pada 6 Julai 2023 telah dikeluarkan. Dimaklumkan bahawa mulai sesi akademik 2022/2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang merangkumi

  • Modul Pengurusan Awam
  • Murid
  • Guru
  • Institusi
  • Pentaksiran

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran sesi akademik 2023/2024, semua maklumat berkaitan bagi Modul Pengurusan Institusi yang mengandungi fungsi tetapan kelas kurikulum dan mata pelajaran serta kokurikulum perlu DILENGKAPKAN dengan kadar yang SEGERA bagi membolehkan pengisian Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) dilaksanakan.

SPPB adalah antara modul bawah MOIES (Pentaksiran) dan bergantung sepenuhnya kepada data Modul Pengurusan Institusi.

Isi Kandungan

Arahan Pengisian Modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar, disini telah disediakan laman yang mengandungi Arahan Pengisian Modul Sistem Bersepadu KPM (MOIES) yang bertarikh 6 Julai 2023.

Maklumat lanjut berkaitan kitaran Modul Pengurusan Institusi, fungsi serta peranan bagi setiap submodul adalah seperti dalam Lampiran A.

Video manual pengguna untuk semua modul MOEIS boleh dicapai melalui saluran rasmi YouTube Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di pautan berikut

>>>Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM<<<

Justeru, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dr./tuan/puan dimohon untuk memanjangkan Arahan Pengisian Modul Pengurusan Institusi kepada semua sekolah bawah seliaan YBhg. Datuk/Dr./tuan/puan.

Bagi mengelakkan kesesakan capaian kepada sistem, cadangan tempoh masa pengisian adalah seperti dalam Lampiran B. Tempoh pengisian dibuka bermula 10 Julai hingga 7 Ogos 2023.

Arahan Pengisian Modul Sistem Bersepadu KPM

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Arahan Pengisian Modul Sistem Bersepadu KPM ini, sila rujuk dan hubungi:

  1. Cik Azlin Hairani binti Subuki @ Subki ([email protected] – 0388846543)
  2. YBrs. Dr. Nurain binti Abu Bakar ([email protected] – 0388846547)
  3. Pn. Roszaimahtun binti Razali ([email protected] – 0388843144)

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan atau informasi yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More