Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mohon Perajurit Tentera darat 2023 Sekarang

Pengambilan Perajurit Muda Tentera darat 2023 Telah Dibuka

Tentera Darat 2023 membuka permohonannya sekarang! Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat bagi kaum Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 untuk Tahun 2023 atas talian telah dibuka. Bagi sesiapa yang memang berminat ingin menjadi pahlawan negara sangat dialu-alukan untuk memohon.

Permohonan Tentera Darat 2023 boleh dibuat hanya di atas talian mengikut pautan yang telah diberikan. Individu atau waris yang berminat boleh terus rujuk artikel untuk untuk segala syarat permohonan.

tentera darat 2023

Isi Kandungan

Panduan Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat

Syarat Asas Permohonan Tentera darat 2023:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).
  3. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal:

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

Syarat Akademik:

  1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sains
    • Matematik
    • Sejarah

Kelayakan Tambahan Tentera darat 2023:

  1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

tentera darat 2023

Selain syarat, individu yang berminat nak memohon  juga perlu tahu beberapa perkara penting lain. Ianya seperti Skim gaji kemasukan akademik, elaun dan kemudahan lain.

Skim Gaji Kemasukan Kelayakan Akademik

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,459.00)
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,564.00)
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,630.01)
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,696.02)
  5. DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,894.05)
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,026.07)

Elaun dan Kemudahan Tentera Darat

Elaun:

  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elauan Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan

Kemudahan:

  1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  2. Rawatan Perubatan
  3. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  4. Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  5. Peluang melanjutkan pelajaran
  6. Kemudahan Kediaman

Cara Memohon Dan Panduan Mendaftar Online

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:
  1. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
  2. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
  3. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

Panduan mendaftar online

  1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:
  1. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
  • NAMA PENUH
  • NO KAD PENGENALAN
  • JANTINA
  • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
  • EMAIL (Aktif)
  • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
  • Tekan (Click) DAFTAR
  • (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
  1. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
  2. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
  3. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
  4. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.

Tarikh Permohonan:

PERMOHONAN DIBUKA DARI 13 HINGGA 31 DISEMBER 2022

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk link kat bawah ya:

  1. Layari laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Tentera Darat di:
  1. Alamat Surat Menyurat:
  • Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
  • Telefon Bimbit Pegawai:
  • 017-4033752: Leftenan Noraini
  • 019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan
  • No Telefon Pejabat: 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)
  • Email: [email protected]

Jadi sesiapa yang berminat atau ada saudara mara yang ingin berminat menyertai Tentera Darat 2023, bolehlah membuat permohonan untuk Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 yang telah dibuka sekarang. Jom join Tentera Darat 2023!

Eh, jangan lupa juga mohon jawatan kosong kerja kerajaan di SUHAKAM seperti yang kami post sebelum ni.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More