Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.

Fail Meja merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. Fail meja adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya.

Fail Meja berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap seorang individu dalam pejabat/jabatan. Oleh itu Fail Meja dirangka khusus untuk memberi panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari. Asas Fail Meja adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat/jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam Fail Meja adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap.

Dikongsikan di sini beberapa Koleksi Fail Meja Tugasan Guru yang boleh dijadikan rujukan untuk anda semua.

 

Dapatkan “Koleksi Fail Meja Tugasan Guru” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

14 Perkara Utama Fail Meja

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.

2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.

3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.

4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.

5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.

6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.

7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.

8) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.

9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.

10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.

11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.

13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.

14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Fail Meja Tugasan Guru ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

Himpunan Buku Panduan Pangurusan Unit Beruniform di Sekolah

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More